Jumaat, 26 Februari 2010

Sibuk dengan my new bisnes...

hu hu hu... memanjang je sibuk budak Jamal ni.

Bukan ape, sekarang ni memang aku dan isteriku sengaja membusy kan diri kitorang.

Kitorang dah mula berniaga part time sekarang ni. Seronok, teruja, sedih, kaciwa dan macam-macam rasa kami dah rasa sejak menceburi bidang perniagaan ni. Bisnes ape ko sekarang ni Jamal?

Oh,lupa lak nak bagitau, kitorang dah meniaga tudung sekarang ni. memang best. Selain dari jual secara offline, kitorang baru je set up kedai online. kalau nak tengok, leh la klik ke link kedai aku di http://galeri-izatul.blogspot.com/ .

Sokongan korang sume amatlah aku harapkan. Kalau korang baik ati, tolong-tolong la promote kedai online aku yek.. letak link kedai aku kat blog ke, tolong beli ke, tolong bagi tau kawan-kawan ke... he he he tima kacih... Aku tau, korang sume memang baik hati...

Jumaat, 19 Februari 2010

Happy Birthday!!!! - Ayah, Isyia dan Apis..


Raya cina yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Jasin Melaka. Nenek aku buat kenduri, best ooooo.. Memang ramai ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Dekat 100 orang ade kot dalam perhimpunan keluarga 4 generasi ni.

Apa lagi yek? ooo baru aku ingat, Kami adik beradik (kecuali Ita...) meraikan hari jadi Ayah, Isyia dan Hafiz. Dalam majlis tertutup ni, kami adik beradik buatlah makan-makan sikit, ala BBQ je... Hu hu hu.. Happy birthday to my lovely Ayah, my daughter and my anak sedara, Hafiz...

Bersama-sama ini disertakan dengan beberapa keping gambar kenangan untuk tatapan kalian semua... To mereka-mereka yang tak dapat join tu, jangan marah and kecik hati, len kali kita buat lagi tau....

Rabu, 17 Februari 2010

Im Back..

At last, akhirnya aku keluar kembali dari tempat pertapaan.

Bertapa, bukan sebarang bertapa, kali ni dengan sarat dengan ilmu di jari, hehehe

tapi hari ni aku malas nak tulis entry ape-ape.

Korang tungu je lah, esok ke, luse ke... nanti aku tulis entry maut punya...


c yu,,,,

Sabtu, 3 Oktober 2009

Raya 2009 - Bahagian 1


Ha ha ha. Lama sudah aku tak mencoret sesuatu di blog ni kan. Rasa malas gila nak menaip bait-bait perkataan. Ku gagahkan jua diriku untuk menulis dan hasilnya, terbitlah satu post hari raya special edition Bahagian 1.

Untuk raya kali ni, turn aku untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga isteriku di Perak. Hari raya di sambut di rumah Opah kami di Kg. Telok Sena, Bota Kiri, Perak. Tak berapa meriah raya kali ni di sana, semuanya sederhana je. Mengapa agaknya? Tahla, ramai saudara yang tak balik beraya di kampung kot.
Sedikit gambar buat tatapan kalian...

Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pertama sekali aku ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri kepada semua sanak sedara dan pengunjung blog aku ni. Maaf zahir dan batin jua ku pinta andai ada kesalahan sama ada secara sengaja atau tak sengaja yang telah aku dan keluarga aku lakukan.

Raya kali ni, turn kami beraya di Perak. Petang esok bermulalah ekspedisi meredah lautan kenderaan menuju ke destinasi. Insya Allah, pada hari raya ke empat, kami sekeluarga akan pulang ke Kampung ku di Melaka lak....

Malas lak nak tulis panjang lebar bulan pose ni, badan letih gila.....


SLAMAT ARI RAYE>....


MAHAP ZAHIR BATIN

DARI KAMI SEKELUARGA>>>>>