Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 31 Julai 2009

Kera dihutan disusukan, anak di rumah ....

sekadar hiasan...


Korang mesti pernah dengar pepatah ni kan? Memang bunyi macam jeles je maksud pepatah ni. Aku tak tau siapa yang mencipta pepatah ni. Tah mana dia dapat idea yang amat fantastik sampai sanggup nak menyusukan kera. hu hu hu.

Tu satu hal, tapi yang aku baca kat paper metro hari ni, memang buat aku terkezut sket la... Macam ni petikan akhbar tu.. hmm dunia..... dunia.....

Kera jadi anak susuan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hidayah Akmal Ahmad
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila perasaan terlalu sayangkan anak kera yang dipelihara tidak ubah seperti anak kandung sendiri menyebabkan seorang wanita sanggup menyusukannya.

Malah, anak kera berkenaan turut diberikan layanan sama seperti bayi apabila dipakaikan pakaian bayi dan kelengkapan lain.

Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, perbuatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Perhilitan menerima aduan daripada jiran seorang wanita memelihara seekor anak kera di rumahnya di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ketenteramannya terganggu selain mengotorkan kawasan.

Susulan itu, sepasukan pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaan ke rumah wanita berkenaan dan tidak menemui sebarang bukti kekotoran atau bunyi bising seperti didakwa jiran.

“Kami hanya menemui seekor kera jantan dalam rumah itu dipercayai dipelihara wanita terbabit tanpa lesen".

“Wanita itu mendakwa memelihara kera itu ketika baru dilahirkan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sanggup memberikan payu daranya untuk disusukan kepada anak kera berkenaan setiap hari.

Malah, wanita terbabit turut membelikan susu bayi tambahan untuk diberikan kepada kera berkenaan.

“Siasatan mendapati, kera itu diberikan layanan istimewa sama seperti bayi biasa apabila turut dipakaikan lampin pakai buang yang ditukar setiap hari.

“Wanita berkenaan didapati tiada anak menyebabkan dia melayan kera itu sebagai anak,” katanya.

Menurutnya, menyedari wanita terbabit tiada permit atau lesen untuk menyimpan hidupan liar, pegawai Perhilitan terpaksa merampas haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu merayu supaya kera terbabit tidak dirampas sambil meratap hiba seolah-olah kera itu anak kandungnya.

“Walaupun kera itu nampak jinak, dipelihara seperti anak manusia, ia masih hidupan liar dan mempunyai naluri buas dan boleh bertindak di luar jangkaan,” katanya.

Rabu, 29 Julai 2009

Aku, facebook dan Farm ville


Sejak 2 menjak ni, aku suka layan laman sosial facebook. Kat facebook ni, kita boleh cari kawan-kawan kita (baru dan lama). Boleh la aku anggap facebook ni sebagai program jejak kasih. Ramai kawan-kawan lama yang dah terputus hubungan boleh di temui di laman ini.


Salah satu sebab mengapa aku suka layan facebook ni sebab aku dah jatuh cinta dengan aplikasi games yang ada dalam facebook ni. Sebenarnya banyak games yang ada. tapi yang paling aku suka main Farm ville. Hari-hari aku dok layan main game farm ville. Syok ooo


Ake ke jadahnya farm ville ni? Ala, games doa simple je. Kita jadi petani moden. Bajak, tanam, tuai, jual, dapat duit, beli benih ke, beli pokok ke, luaskan ladang ke, macam-macam lagi la... Aku sekarang dah ada 7 jiran kat farmville ni. Aku ak cukupkan 8 org jiran untuk melayakkan aku untuk menambah keluasan ladang aku. So pada korang yang baca blog ni, sudi-sudi la jadi jiran aku dalam farm ville ni yek...


Senang je cara dia, korang add aku sebagai kawan korang. nanti aku invite korang untuk turut serta dalam games ni. Pas tu korang acceptla ye. korang search nama aku kat facebook (Mohd Jamal Khir).


Jangan lupa tau...

Isnin, 27 Julai 2009

Haziq Vs Hazieqah




Transformasi dari Muhammad Haziq menjadi Hazieqah....
Hish.. mintak simpang.
Ni sebenarnya saje je pakai baju kurung sepupu dia, coz nenek nak ukur buat baju melayu raya dia nanti. he he he.

Rabu, 22 Julai 2009

my new fridge magnet collection


Aku baru je beli fridge magnet ni kat kedai memorylane di Jusco Kepong. Sungguh suka aku akan dia... Ada satu ketul lagi bulldozer cam ni, warna kuning, tak pe, lain kali aku beli...

p/s: mintak mahap le, gamba tak berapa comel, coz snap pakai henpon je... ala 1.3 megapixel... ok la tu..

Ahad, 19 Julai 2009

Aku rimas





Gambar salah satu bakul mainan anak-anak aku...

Rimasnya aku... sini mainan, sana mainan, dalam bilik ada mainan, bawah kerusi ada mainan, dalam bilik air ada mainan, sana, sini, situ sume ade mainan. Di mana-mana ada mainan. Dah tebiat budak-budak ni lepas main mainan biar bersepah.

Dah berbuih mulut mama dia membebel, berleter dan bersyarah serta berceramah mengenai kebersihan dan kekemasan. Tak dipedulikan mereka. Cuti hujung minggu ni, aku ade operasi sikit. Nak kemas mainan budak-budak ni dan nak buang mana yang dah rosak. Ish-ish ish, punyalah banyak mainan diorang ni.... Lebih dari 3 bakul semuanya. Tu tak masuk koleksi anak patung Isya lagi. Agak-agak lebih dari 30 ketul anak patung pelbagai saiz dan rupa ada dalam simpanannya. Nanti aku cuba amek gambar dia ngan anak patung dia....

Aku start operasi pukul 10 malam tadi, dan habis pada pukul 2 pagi. Hasilnya, dekat nah penuh satu guni besar mainan yang aku buang. Penatnya, rasa nak relaks lah hari ni, nak terbongkang depan TV. babai....

Sabtu, 18 Julai 2009

bestnye tidur...

layan je gambo ni...

Rabu, 15 Julai 2009

Tambah satu lagi

Ape yang tambah satu ni? he he he...

Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Ohh semakin tua rupanya aku ni... Tak sedar, sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru lagi aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 16, tapi rupanya.... huh cepatnya masa berlalu.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik buatku, memberi rezeki yang melimpah ruah, memanjangkan usia ku dan memelihara keselamatanku... Syukur Alhamdulillah...

Aku harap di hari-hari yang mendatang ni, aku semakin matang dalam meneruskan kehidupan seharianku. Moga cita-cita dan impianku dapat kucapai sebelum usiaku menginjak ke angka 55 tahun. Sememangya impianku tinggi menggunung. Ya, impianku, untuk bebas dari belenggu kewangan, mempunyai beberapa hartanah dan beberapa aset lain.... Aku ingin bersara dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan. Selagi terdaya, di waktu muda ni, aku akan berusaha gigih untuk mencapai matlamat ku. Semuanya tak mustahil...

Berakir-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian....


Apa hadiah yang aku dapat tahun ni yek... Hmm wife aku bagi aku small present. Dia dah bagi awal bulan aritu... Small token from her, Thanks darling. Ape dia? Ala, dia bagi aku set perfume la...

Tapi hadiah yang paling besar untuk aku tahun ni ialah dari Diri Aku Sendiri. ya, Aku telah menghadiahkan diriku dengan sebiji rumah. he he he. Aku dalam proses untuk membeli sebuah rumah teres, ala murah je.... Dah bosan duduk apartment. Nak rasa pijak tanah lak. Cukuplah 2 buah apartment yang telah kami miliki buat masa ni. Inilah antara impian aku, membeli sebiji rumah dalam masa 5 tahun. Oklah tu, kerja 13 tahun, 3 bijik umah. "Terima kasih En. Jamal!!!", kata diriku kepada diriku...

Sabtu, 11 Julai 2009

Miss D, Aku rindu kamu,,,

Sekian lama aku menjeruk rasa. Perasaan ku pada Miss D, semakin ketara sejak akhir-akhir ni. Entah kenapa, rindu benar aku pada si dia. Memang aku sukakannya, tapi apa kan daya...

Setelah aku hampir berjaya melupakan Miss D, sejak akhir-akhir ni bayangannya muncul kembali. Ahh... gila betul. Apa kejadahnye semua ni. Mengapa kau hadir saat ini D? Apakah kau ingin menggoda aku seperti apa yang kau lakukan dulu? Tak cukupkah kau dengan apa yang telah kita lalui semusim yang lalu?

Aku sememangnya tak kuat. Hatiku mudah cair dengan pujuk rayu D. Hatiku meronta-ronta ingin bertemu dengan dirimu D. Sejak ku mendapat berita yang kau kini bertandang ke Kota Metrofulus eh Kota Metropolitan ni, aku seolah-olah mendapat tenaga baru. Ada sinar baru dalam hidupku. Tunggu, aku akan pergi jua menemui dirimu D...

Aku nekad. Aku tak peduli lagi. Biarlah isteri dan anak-anak-anakku tak dapat menerima dirimu. Aku sememangnya ingin menyunting mu D. Akan ku perkenalkan dirimu pada keluarga ku. Apa yang jadi selepas tu, terserah pada takdir.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, lepas maghrib tadi aku keluar kononnya nak ke pasar malam. Isteri dan anakku merasa jengkel melihatku. Kenapa agaknya, oh mungkin kerana pakaianku kot. Ye tak ye jugakkan, takkan nak pergi pasar malam sikit punya hemsyem.... Ah lantaklaaa. Aku punya suka la nak pakai apa, orang nak jumpa buah hati lama. Diaorang apa tahu....

D, kau masih tak berubah. Masih seperti dulu lagi. Ah bahagianya aku... Sekian lama tak bersua, tak sangka kau masih menggunakan perfume yang sama. Rindu benar aku pada aroma perfume mu D. Ayuh D, naik keretaku, kita menuju ke rumahku. Akan ku perkenalkan dirimu dengan isteri dan anak-anakku.

Di dalam kereta, ligat fikiranku mencari idea bagaimana untuk memperkenalkan D kepada keluargaku. Bagaimanakah penerimaan mereka nanti. Dapatkan mereka menerima D? Ahh... buntu aku. Tapi aku dah nekad. Apa nak jadi, jadila... aku tak peduli. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi....

Agak-agak dapat tak anak bini aku menerima D? Aku tak nak komen pasal tu, tapi korang pasti tau apa jawapannya kan.... hmmmmm "Hidup Biar Sedap!!!"

Ahad, 5 Julai 2009

my latest Fridge Magnet Collection


Masa gi Putrajaya, aku dah tambah koleksi Fridge magnet aku. Aku beli 3 ketul kat situ.


Thanks also to En. Nizam a.k.a. da Bam.... for your gift from Bali.

Cuti-cuti Putrajaya


Semalam aku dan Ita dah pakat nak landing kat umah adik. Pada mulanya, aku nak balik hari sabtu tu jugak, Tapi Isya demam la pulok. Kena la stay kat umah adik satu malam. Petang tu, kak long pun datang gak. Lepak-lepak adik beradik kat Putrajaya. He he he nasib baik mak datok jauh, kalau tak mesti dia pun join sekali kan...

Pagi tadi, kitorang meronda putrajaya, amek-amek gamba, shopping dan balik...

P/s : sorry busu, Haziq dah campak your penyapu hikmat (import from melaka) dari tingkat 10 ke bawah.... aku dah carik, confirm hilang.. hu hu hu



Rabu, 1 Julai 2009

Sms dari ita

Berikut adalah sms yang aku terima dari adik aku ita=>
" Oi. Car den kena saman speeding kt maran 26 jun ari tu.. Sengal polis ni..den keje ari tu, g maran pn x penah.. Tensen2.. Apa komen anda? Marah ni."
he he he, aku dah penah kena macam ni tahun lepas. Lepas check, polis salah tulis. Hampeh tul...