Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 30 Mac 2009

Baru lepas jadi doktor

he he he.. aku baru je lepas jadi doktor. Jadi doktor? Doktor apa? adelaaa

Aku macam biasa la malam-malam ni surf internet kat dalam bilik. Mama, anak-anak dan opah dia tengok tv kat ruang tamu. Mak mertua datang ke kl ari sabtu lepas. So, dia mengambil kesempatan tu untuk bermanja-manja dengan cucu-cucu kesayangan diaorang ni, maklumlah cucu baru ade dua je.

Aku tak taulah tah apa yang opah dia main ngan cucu-cucunya kat luar tu, bising je bunyinye. Lantakla, bukan selalu dapat jumpa cucu. 2 bulan sekali baru aku balik ke Ipoh. Wah meriah tul diorang. Macam dah dua tahun lak tak jumpa. Lantak je la.. Bior je deme main, ye tak?

Tengah best-best aku baca cerita laptop ilang kat http://www.beskalpancit.wordpress.com/, tiba-tiba Isya menjerit.

"Ayah!!! mulut Isya berdarah!!" Aku tetiba jadi panik. Aku ni memang agak takut dengar perkataan darah. Boleh menggeletar satu badan kalau tengok darah.

Nak tak nak, terpaksa jugak aku tengok mulut dia. Ya rabbi!!! dah merah menyala dah!! gigi dia sume dah warna merah. Aku mula seram sejuk. Memang takut gila!!! Aku tengok betul2, rupa-rupanya gigi dia dah nak tercabut. Dah senget dah gigi tu. Gigi dia tu memang dah goyang dah, cuma aku belum bawak gi cabut je.

Ah sudah, camne ni? Aku ni bukan berani sangat. Aku suruh mama cabut, dia lagi tak berani. Mak mertua aku? dia pun dah diam dah. Yang sibuk budah Haziq je nak tengok. Isya dah menangis dah bila tahu mulut dia berdarah. Bila aku suruh dia kumur-kumur, banyak darah kuar. Cuak dia...

Oleh sebab dah cekemasan (kecemasan), aku terpaksa memberanikan jua diriku yang penakut ni. aku letak tangan aku kat mulut dia, pastu cuba tarik gigi tu. Menggigil tangan gua beb, he he he. Aku kontrol macho, tarik gigi dia pelahan-lahan. tap, gigi tu tercabut.

Fuh!!!, lega. Hilang rasa takot. Dengan bangga aku tayang gigi tu kat diorang. He he he, aku dah jadi doktor!!!!

gambar budak rongak

gigi tu aku tanam kat dalam pasu

Ahad, 29 Mac 2009

Jalan-jalan di Uptown Kota Damansara

Tadi aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke uptown Kota Damansara. Kebetulan, adik ipar dan ibu mertuaku datang dari Ipoh tengah hari tadi. So aku entertain diorang kat sanala. Sambil makan-makan, kitorang gi window shoping sekali.

Cerita bab makan kat sini, ok la ada banyak pilihan. Macam-macam jenis makanan ada dijual. Deretan warung menyediakan pelbagai jenis makanan, tak kira makanan timur dan barat, semua ada.

Lepas makan, kitorang jalan-jalan tengok barang-barang yang dijual di sana. Setakat tengok je la, tapi tak beli apa pun. Bini aku je sibuk beli tudung kat sana. Agak ramai gak orang yang berkunjung ke bazar uptown ni. Bolehlah menyumbang pada kerancakan ekonomi orang kita. Aku tengok, ramai gak peniaga melayu yang cari makan kat sana. Baguslah, sekurang-kurangnya orang kita boleh maju dalam bidang ekonomi.

Cuma aku rasa tempat ni agak kurang happening jika nak dibandingkan dengan tempat lama mereka iaitu di uptown damansara dulu. Aku rasa, kat sana duu lagi meriah la... Kenapa? tah la...

anyway, tu je lah yang aku nak cerita hari ni. Malas nak cerita banyak.


Jumaat, 27 Mac 2009

cisss... malunya.....

Ni aku nak bawak satu kisah yang bagi aku amat memalukan... hi hi hi Walaupun hampir 2 tahun berlalu, tapi peristiwa tu, memberi kesan yang besar kat diri aku ni... Malu besar aku bila mengenangkan apa yang dah aku lakukan.

Korang nak tahu ke apa peristiwa yang paling memalukan di alaf milenium ni? Okla.. aku kongsi cerita tu...

Ianya berlaku ketika aku pulang dari kerja, nak pergi menjemput Isya dari sumah Babysitter. Masa tu, bini aku baru lepas abis pantang. Dia tinggal ngan Haziq kat rumah. So, aku hantar Isya sorang je kat rummah babysitter.

Tah kenapa petang tu aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Maklumlah drive sorang-sorang, baru lepas kerja lak tu. Memang penat + mengantuk = nak terlelap!!!. Ku tahankan juga mata ku. Puas aku tampar-tampar pipi aku, kononnya nak segarkan mata, tapi.. ahhhhh ngantuk gila tu... Aku teruskan drive, sambil layan lagu kuat-kuat dalam keta.

Akhirnya, sampai gak kat Kampung Baru. Rumah babysitter dekat Kampung Baru. Kebetulan, berhampiran ngan rumah dia tu ada pasar malam di kiri-kanan jalan. So, bila nak sampai kat area pasar malam tu, jalan sesak la pulak. Ish, ish ish...jalan dah la sempit, tepi-tepi jalan tu ada pasar malam lak... Bila nak sampai ni. Aku dah ngantuk ni... Kereta kat situ lak, beratur panjang nak melepasi kawasan pasar malam tu.

Ah, tension aku. Terpaksalah aku bersabar je, apa nak buat lagi... Aku layan lagu je la. Aku memang suka menyanyi kuat-kuat dalam keta untuk hilangkan tension aku bila jalan sesak ke, boring ke... Kebetulan, masa tu stesen radio yang aku dengar (sinar fm) tengah pasang lagu Zaiton Sameon (Menadah Impian). Ahh.. zaiton sameon pun boleh la.. layan je..

Aku pun, apa lagi, terus ikut nyanyi lagu tu sepenuh perasaan. Best gak... Bila nak sampai korus lagu tu, aku tarik nafas dalam-dalam, dan aku nyanyi sepenuh perasaan dan sekuat hati (boring dan ngantuk punya pasal) Cam ni korus dia:

kusimpan Kenangan
Cinta Bersamamu
kupadam Impian
Biar Menjadi Debu
kusangka Kau Sayang
Cinta Kepadaku
kusangka Kau Jujur
Rupanya Bersandiwara
jiwaku Sepi
Resah Kesorangan
aku Menadah Impian

Sambil nyanyi, sambil bawak kete, memang best oo. Layan je rasanye. Bila abis je korus, Tiba-tiba.... aku dengar suara orang bersorak....
Aku pelik... Dari mana datangnya suara orang bersorak ni? Ku pandang depan,takde ape-ape. ku pandang kiri,line clear. Ku pandang kanan..... Alamak!!! Tingkap kete aku terbukak luas!!!!! Cinabeng!!!!! Gua sudah malu besar... Terus hilang ngantuk aku ari tu....

Sejak dari tu, aku kalau boleh nak pegi umah babysitter aku tu, aku pusing ikut arah lain. Malu siol... Suara dah la sedap sikit dari suara katak, nyanyi lagu retro gila lak tu. Dah la tu, nyanyi lak sekuat hati kat area pasar malam!!!! hu hu hu. Tobat aku tak nak dengar dah lagu zaiton sameon tu lagi ...

Jom sokong Earth Hour



Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF. ianya disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Kempen ini menuntut supaya kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 jam 8:30 malam, waktu tempatan. so, sama-sama lah kita menyokong kempen ini.



Selasa, 24 Mac 2009

Aku buat pizza




He he he. Hari ni aku mc. Aku kan kena demam campak. Abis badan dah berbintik-bintik cam rimau!!! huh...

Apa yang aku buat kat umah? Aku kemas umah sikit, layan internet, tidur, makan dan buat pizza!!! ya aku buat pizza. Pizza maggi, hi hi hi.

Sebenornye anak aku dah request pizza maggi ni since ari sabtu, tapi aku tak sihat. Aku tak larat nak buat. So, petang tadi takde ape nak buat, aku pun buatla pizza maggi kesukaan diorang ni. Bukan susah nak buat cuma kena pakai maggi, telur dan sedikit bawang, tu je... (aku buat simple je)

Kiranya pizza tu nanti jadi makanan untuk diorang dalam kereta nanti la. Pukul 5.20 aku keluar amek mama balik kerja, dan terus ke Kampung Baru, amek Haziq lak kat umah baby sitter. Pastu gi ambik Isya lak kat sekolah dia.

Balik je dari sekolah, dia suka gila bila aku bagi bekas tupperware yang mengandungi makanan kegemaran diorang tu. Aku potong 8 bahagian pizza tu, diorang makan, tinggal sepotong je tak abes. Huh, memang kebulur betul anak-anak aku tu. Bini aku pun apa kurangnya, sebat gak pizza tu...

korang nak pizza tak? hu hu hu hu




Aku kena demam CAMPAK!!!

tensionnye aku...

aku kena demam campak. Cam budak-budak lak... Abis gatal2 satu badan. Lucky tak kena chicken pox. Aku rasa aku dah pernah kena demam campak ni 14 tahun yang lepas, tapi boleh kena balik.

Ari ni aku MC. Aku start demam ari jumaat aritu. Seram sejuk satu badan. Abis sakit sendi-sendi. Pastu naik ruam merah. Aku dah takut dah. Ye lah mana taknya, sekarang ni kan musim denggi ngan chikungunya.

Dah 3 kali aku gi klinik. Nasib baik doktor kata bukan denggi, Lega, kalau tak parah dibuatnya. Memang susah kalau aku masuk spital ni, Maklumlah aku sorang je yang boleh drive. Nampaknya, aku kena suruh mama belajar memandu ni. Manalah tau kalau ada apa-apa 'cekemasan' ke....

ok la, badan aku ni gatal tahap cipan ni. ku nak makan ubat, nak sapu krim kat badan pastu nak tido. BAngun tido nanti nak gi cari air kelapa muda lak. Nasib baik kedai mamak kat bawah ni ada jual.....

Isnin, 23 Mac 2009

Aktiviti hari minggu



Aku ada rutin mingguan. Sejak dari bulan satu yang lepas, aku terpaksa memperuntukkan sedikit waktu untuk anak dara aku.

Isya minat sangat nak belajar taekwondo kat sekolah dia. Masalahnya kelas taekwondo dia di adakan pada hari AHAD!!! Dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari waktu dia. Adoi!!!!

Ape nak buat, dah dia minat sangat, aku hantar je lah... Puas dia pujuk aku masa mula-mula dia nak masuk taekwondo ni dulu. Naik lemas aku dibuatnya. Tak pernah-pernah dia rajin tiba-tiba dia jadi rajin. Kalau sebelum ni dia tak dengar cakap, kali ni dia menjadi askar yang paling setia. Boleh kata sumenya tip top selagi dia tak dapat persetujuan aku untuk dia menyertai kelas tu. Aku saja je lengah-lengahkan persetujuan ku, memang nak tengok gelagat dia. Ceh!!! memang kaki bodek!!!

Masa mula-mula join taekwondo tu, memang dia cakap dia letih. Bia malam je aku dan Mama jadi tukang urut kaki dia. Ni yang aku hangin ni. Dah tau lembik nak masuk taekwondo. Hish,,,, kan dah nyusahkan orang... Tapi bila dah lama, badan dia dah boleh terima, so dah tak yah urut lagi....

Aku tanya dia senang ke susah masuk taekwondo ni? dia kata senang, semua boleh buat. Ye ke? Pasal aku dengar masa dia training Master dia selalu cakap "Batrisyia! Tukar kaki!" "Batrisyia, kaki lurus!" Senang ke cam tu? hmmm....

Lantak dia la. Janji dia ada aktiviti. At least badan sihat, dan dapat belajar ilmu mempertahankan diri.

Pada 19/4/09 ni Isya ada grading untuk tukar warna tali pinggang. Kalau lulus, dia pakai tali pinggang kuning la lepas ni. Sukati dia la.... Aku tengok je...



Khamis, 19 Mac 2009

Pelangi petang

gambar hiasan ...


Ari ni aku nak bercerita pasal satu kisah. Aku tak tau la nak kategorikan kisah ni sedih ke, terharu ke, gembira ke apa ke...

Kisah ape? Nak citer la ni

Masa aku balik kerja tadi, on the way nak balik rumah tiba-tiba Isya memekik dalam kereta, "Ayah!!! Mama!!! pelangi la!!!", katanya. Maka terbitlah dialog-dialog susulan seperti berikut.

Mama : Mana?
Isya : Tu, kat sana tu (sambil menunjukkan ke satu arah)
Ayah : Ohh, biasala pelangi lepas ujan. (petang tadi ujan gerimis kat KL)
Isya : Ni, kali pertama Isya tengok pelangi tau. Isya tengok pelangi dalam buku je...

Aku dan mama terkedu. Memasing diam sejenak. Aku rasa kesian pun ada, terkedu pun ade. Mana tak nye, dia baru tengok pelangi secara live pada usia 7 tahun 1 bulan dan 2 minggu. Apakah sebelum ni memang dia tak pernah tengok pelangi atau masa tu dia tak mengerti apa itu pelangi?

Lama gak dia diam sambil menikmati keindahan pelangi yang terbit menghiasi senja di Kuala Lumpur itu. Begitu asyik dia nampaknya. Aku dan mama biarkan je dia melayan perasaan dia.

Bila dah hilang kelibat pelangi dari pandangan mata dia, dia tanya aku, "Ayah, camne pelangi tu boleh ade?" Ah, sudah!! camne aku nak terangkan pada dia? Aku dah lupa!!! Aku tau pelangi terjadi akibat biasan cahaya pada air (kalau tak salah aku). Macam mana aku nak explain dengan mudah pada budak berusia 7 tahun ni? "mmm, Allah yang jadikan pelangi tu.. cantik tak Isya?", ayat yang tercetus dari mulutku, (ayat cover line). Dalam hati aku cakap, tak pe malam ni aku mesti cari jawapan nya camne nak terangkan pada anak aku macam mana pelangi terhasil.

Bukan senang nak jadi bapak ni. Bapak merupakan bank untuk keluarga, pengawal keselamatan, perdana menteri, kamus, buku dan macam-macam lagi. Kiranya bapak ni mesti sama taraf macam profesor serba tahu. Kalau anak-anak tanya ape-ape mesti boleh jawab. Jadi, kalau korang nak jadi bapak, kuatkan ilmu di dada.

aku dah tengok kat internet, maka apa yang dapat aku rumuskan tentang pelangi adalah seperti berikut:

Pelangi terbentuk kerana pembiasan sinar matahari oleh titisan air yang terdapat di atmosfera. Ketika sinar matahari melalui titisan air. Cahaya tersebut dibengkokkan sedemikian rupa sehingga membuat warna-warna yang ada pada cahaya tersebut terpisah. Tiap warna dibelokkan pada sudut yang berbeza, dan warna merah adalah warna yang paling terakhir dibengkokkan, sedangkan ungu adalah yang paling pertama. Fenomena ini yang kita lihat sebagai pelangi.

Tapi aku rasa dengan rungkaian seperti ini masih sukar untuk diterangkan pada budak kecil itu!!! Ahh, mintak-mintaklah dia lupa pasal pelangi ni sampai aku mampu nak explainkan pada dia...

Terima kasih Tuhan, kerana telah menunjukkan satu lagi keindahan ciptaanMu pada anakku. Itulah saat-saat yang menakjubkan buat dirinya.


p/s: mitos pasal pelangi -> orang kata, jangan tunjuk kat pelangi, nanti tangan kudung!! Ye ke? Masa aku kecik dulu, kawan-kawan aku tak bagi aku tunjuk pelangi, nanti kudung, katanya... Aku ikut kan aje. Bila dia tak nampak, aku cepat-cepat tunjuk pelangi tu. Sampai la ni jari aku ada lagi...






Rabu, 18 Mac 2009

Kisah Tahun Lepas - Isyia Juara!!! Aku Bangga

Tadi aku belek gambar-gambar lama dalam laptop ni. Tah macam mana aku tertarik dengan gambar dalam folder anak sulung aku ni. Memang aku susun gambar dalam banyak folder kat laptop aku ni, senang nak carik.



Aku tengok gamba dia tahun lepas masa sekolah tadika. Masa tu dia bersekolah di Tadika Islam Masjid Jamek Kampung Baru. 2 tahun dia sekolah kat sana. Memang dia aktif kat sekolah tu. Sekolah tadika tu ade 6 buah kelas. Yang aku pelik semua cikgu sekolah dia dah kenal dia ngan mak bapak dia.



Sebab ape? Sebab mulut dia memang tak tahu diam. Dia sentiasa nak menonjolkan diri je. Kenangan paling manis masa dia sekolah kat sana ialah semasa dia terpilih untuk mewakili sekolah dia dalam acara hafazan ayat-ayat lazim. Dia bertanding di peringkat zon. Bnyak gak sekolah yang bertanding.



Masa mula-mula dia beritahu tu, aku memang terkejut gila. Sebab ape? Sebab dia bukan tahu sangat mengaji ni. Bacaan pun tunggang langgang, inikan pulak dia punya tajwid. Dekat 2 bulan gak guru besar dia lanyak dia kat sekolah hari-hari. Dia memang surender dah. Dia kata dia tak boleh buat sebab banyak salah. Memang dia ni cepat putus asa, cepat patah semangat. Asyik nak kena bagi motivasi, baru dia ok balik. (sebenarnya aku tau, dia tak nak masuk mengaji tu, dia nak nyanyi nasyid. Dia kata nasyid ramai-ramai, mengaji sorang-sorang)



Aku dan mama dia, apalagi, terus pujuk dia. bagi semangat kat dia. Tapi kitorang tak de lah push dia. Tak de ape yang nak kami harapkan, janji cuba. Guru besar dia terlalu mengharap sangat. Akupun kekadang marah gak, kesian Isya, dia macam pressure lak dengan situasi tu. Time kawan-kawan dia bersukan kat sekolah, dia kena ngadap guru besar, ngaji. Time kawan-kawan melukis ke tengok vcd kat sekolah ke, dia kena mengaji, mana tak bengang!!! Pulak tu, guru besar dia siap pesan kat aku, suruh ajar lagi kat umah. ish ish ish... Aku biarkan je, takde aku nak push.. Aku besar anak aku pun tak hafal banyak surah ni. takat al fatihah tu tau la.



Tapi tidak kusangka, dia berjaya menjadi JUARA pada pertandingan tersebut. Memang cikgu dia suka gila. Dia mewakili zon Titiwangsa untuk berentap di peringkat negeri lak. (dia kalah peringkat negeri). Itulah pencapaian terbaik dia di usia 6 tahun. Aku? masa umur aku 6 tahun? hu hu hu aku ni pendiam gila, penakut lak tu.... Jauh tul


tengah tunggu turn nak ngaji...

tengah mengalunkan ayat-ayat suci




JUARA!!!







Isnin, 16 Mac 2009

Layan Budak-Budak

Anak buah aku sibuk suruh ajar camne nak letak video youtube kat blog dia.

Ni aku ajar cara dia..

Mula-mula bukak Youtube. Pilih video mana nak pilih, pastu cari perkataan 'embed'.

pastu klik kat dalam ruangan tu. right klik tekan copy.

pastu tu bukak blog, create post baru. Kat mana nak letak video? klik kat edit html.






bila dah bukak masuk kat ruangan edit html tu, nampak code pelik-pelik kan. pastu right klik, paste. kiranya pastekan link kat embed video tu kat html ni la..




pastu siap dah...




cam ni lah rupe video dia. cuba tau, jangan tak cube.... nanti angah tengok ko punya blog. Update tau!!!

p/s: akak, kau kena belanja angah. bukak post khas buat kau ni...









Ahad, 15 Mac 2009

Impian ku...

Semua orang ade impian. Macam-macam impian ade, betul tak?

Aku jua punya impian. Aku nak berjaya dalam hidup, hidup senang dan ada banyak harta, bukan banyak bini.. hu hu hu. Aku nak balas balik jasa mak dan ayah aku. Tunggulah sedikit masa lagi, akan ku buktikan...

Aku sekarang tengah menyiapkan diriku untuk menuju ke planet jutawan (bak kata Azizi Ali). Aku nak tambah pelaburan aku. Memang aku baru je celik pasal kewangan ni. Baru lebih kurang 6 bulan aku sedar bahwa selama ni aku tak de tujuan atau matlamat kewangan yang jelas.

Dah berbelas tahun aku kerja berhempas pulas, membanting tulang. Dapat gaji habis, dapat gaji habis. Tak nampak ape. Ade je benda yang aku beli dan belanja. Simpanan, tak seberapa.

Tah macam mana, masa aku surf internet, aku jumpa dengan blog-blog dan laman sesawang yang bercerita pasal kewangan individu ni. Aku tertarik. Aku baca dan aku fahamkan betul-betul. Aku mula melihat semula pada kewangan aku... huh. takut gak bila dah bersara nanti, tak de duit langsung, mampus aku. Aku ni kerja swasta, pencen takde, harap duit epf mana cukup. Sampai bila duit epf tu boleh bertahan ye tak?

Aku tak boleh tunggu lama, aku kena buat sesuatu untuk mengubah keadaan. aku set kan target aku. Aku mesti capai target tu untuk masa depan keluarga aku. Itulah tekadku.

Sapa kata orang makan gaji tak boleh hidup senang? Sape kata kerja jadi kuli macam aku tak boleh jadi jutawan? Boleh sebenarnya. Apa yang penting strategi dan pelaksanaannya. Disiplin diri juga memainkan peranan penting dalam menuju kejayaan ni...

Aku banyak membaca cara pengurusan kewangan peribadi. Banyak buku aku beli asal kewangan. Itulah pelaburan ku yang pertama. Aku jugak banyak melayari laman-laman yang berkaitan kewanagn di internet. Nanti aku tulis senarai laman-laman web yang berkaitan...

Aku nak kongsi dengan korang matlamat kewangan aku. Korang tengok je la ye:

Matlamat jangka pendek (1-3 tahun)

1. Nak settle loan-loan kecil

2. Tambah simpanan ASB sehingga 30K (Duit Rezab)

3. Buat loan ASB 100 K

4. Nak refinance rumah aku (low cost flat je-kosong, x de org) - leh buat OD ASB dalam 45K (Loan ade lg 6K je, MV 70K)

5. Sewakan rumah tu - so boleh cover loan installment.

6. Belajar selok-belok pelaburan i.e. stock market, forex, hartanah, unit trust dll

Matlamat Jangka Sederhana : (3-10 tahun lagi)

1. Saving ASB dah ade paling kurang 30K (Duit Rezab)

2. Ade pasif income hasil dari pelaburan

3. Melabur dalam hartanah (tambah rumah lagi, sekarang dah ade 2) atau perniagaan.

4. Kalau dah mampu nak pegi Mekah - menunaikan Haji

Matlamat Jangka Panjang (umur 52 dan seterusnya) - lagi 20 tahun

1. Ade savings dalam ASB 200K (campur ngan loan ASB yang dah settle)

2. Ade aset yang berkembang yg boleh menjana pasif income (rumah ke bisnes ke)

3. Boleh sediakan duit utk anak2 sambung studi. (tak yah pinjam ptptn etc etc..)

4. Bebas dari belenggu kewangan.... ( setllekan hutang-piutang), boleh pencen dengan aman...

Agak-agak ok tak matlamat kewangan aku? Boleh ke aku capai matlamat ni? Korang lak? ape matlamat korang? boleh kongsi? hu hu hu



Aku dan Mesin basuh



Aku ada sebuah mesin basuh. Orang putih panggil 'Washing Machine'.

Mesin basuh ni berjenma haier muatan 5 kilo (manual). Usia dia dah dekat nak 9 tahun dah. Aku beli masa aku bujang dulu. Sampai sekarang aku masih guna khidmat dia, sebab dia elok lagi, (kata aku la... bini aku kata dah teruk dah,)



Memang boleh guna lagi apa, cume biasa la barang dah lama, mesti ade la kekurangan dan kecacatan pada benda ni. Mesin ni sekarang actually DAH REPUT!!!. Tunggu masa je nak terbarai. Bawah dia semua dah berkarat dah. Nampak gayanye kena tukar jugak la ni.



Wei... nak tukar benda ni pakai duit tu,,,. Aku lepas ni nak beli yang auto, sebab senang, pastu nak yang berkapasiti besar sket. JAngan kata kain baju, kalau boleh aku pun nak masuk sekali dalam tu sebab aku tak suka nak mandi @ malas nak mandi!!! hu hu hu. Kalau rasa malas je nak mandi masuk dalam tu , pastu on je, siap!!! hu hu hu

Tapi, bukan murah rege menatang ni. Mahal ooo. Ish ish ish. tak pe aku ade cara. aku akan beli dengan murah. Aku beli dengan guna skim easy payment credit card. Aku beli pakai credit card 0% installment plan. Memang ade skim ni. kita boleh beli barang secara ansuran, yang penting tak de interest. Jangan beli dengan syarikat credit or dekat courts mammoth tu.. mahal interest dia.

Kenapa aku nak beli hutang? kalau aku beli cash, simpanan menyusut, so dividen duit yg aku simpan kat asb akan berkurang. Kalau secara ansuran guna kad kredit ni, aku boleh bayar secara ansuran selama let say 9 bulan atau setahun ke.... ikut kemampuan tanpa menjejaskan simpanan. Cuma kena make sure kena bayar ansuran tu secara penuh. Contoh kalau ansuran dia 150 hengget sebulan, jangan bayar minimum payment lak, nanti kena caj interest kad kredit. Memang bagus kad kredit ni kalau tau guna.

Aku beli lap top aku ni pun guna cara tu lah... rege dia RM2400. aku buat installment utk 9 bulan.. bulanan, aku lupa, korang kira sendiri la...

ape-ape pun, tima kasih buat mesin basuh lamaku banyak jasamu buatku sekeluarga. Antara jasamu yang aku masih ingat:

Basuh baju, seluar, cadar, comforter, toto, kasut, anak patung, duit kertas & syiling (dlm poket suar aku), tempat kucing beranak (masa aku balik kampung- hampeh!!)dan macam-macam lagi.

minggu depan aku nak gi survey mesin basuh baru, sape nak ikut???



Kartun - Watak kegemaran aku..

Aku suka tengok kartun. Kalau takde buat ape-ape kat umah, aku layan kartun je ngan anak-anak aku (kekadang aku sorang je layan...)

Kartun yang paling aku suka tengok ade dua iaitu:



1. songebob squarepant
2. ninja boy




Setiap cerita tu ada watak yang aku suka. Dalam sponge bob aku suka watak tokei kedai tu, Mr Crab. Dalam ninja boy aku suka budak giler duit tu , Kirimaru nama dia. Kedua-dua watak tu sukakan duit. Aku pun suka duit. Korang suka duit tak? hu hu hu











Tersampuk lagi


Setiap tahun dia datang...

Bila dia datang bagai satu kejutan melanda. Aku rasa tak bermaya nak lawan. Aku kalah. Mesti surrender dengan penangan dia. Apa yang best sangat? Aku pun tak tau. Bukan aku je yang tersampuk. Orang lain pun tersampuk gak, betul tak?

He he he, aku sebenarnya nak citer pasal musim Akademi Fantasia ni. Sejak dari musim ke 2 aku mengikuti program ni sampai sekarang. Dulu memang aku fanatik gak kat program ni (fanatik tengok je, undi haram tak pernah pon...). Sekarang dah kurang sket fanatik dia. Aku cuma tengok konsert mingguan je. Kalau dulu sanggup bertapa hari-hari nak tengok diari dia. Kalau tak tengok macam makan nasik takde kicap la aku rasa...

Program akademi fantasia ni mempunyai tarikan tersendiri. Walaupun banyak lagi pertandingan realiti tv yang lain, aku tak minat. Kenapa? Tah, memang aku tak minat. Sebab 'branding' kot...

Antara sebab aku kata AF ni best:
  • Dapat satu padukan keluarga - semua org relax tengok konsert sambil makan cekodok ke...(selalu susah nak lepak ramai2 ngan family ni)
  • Mat-mat rempit tak merempit dulu, tunggu konsert abis, baru on. (dunia aman selama 3 jam, jadi laaa).

  • Tengok kaki bola kena mengalah kat anak bini yang nak tgk konsert. Kalau nak tengok bola gak, sila ke kedai mamak berhampiran

  • AF ni memang ada drama, muzik dan gimik (langsung dan x langsung). Boleh main perasaan - suka, sedih, marah, geram... (sume rasa aku ade, cume x penah sedih tengok AF)

  • kita follow 'artist in the making' dari permulaan karier dia sampai dia berjaya i.e. mawi, zahid, mila, stacy, aizat, bob, farah dll, dan sapai dia jatuh balik... hu hu hu

  • ntah la, ape lagi ek?

Malam ni aku tengok konsert pertama dia, not bad. Aku tabik pada budah Hafiz tu, memang best dia nyayi. Rasa nak sokong dia lah musim ni.

Jumaat, 13 Mac 2009

Aku jumpa sedara korang!!!!

Ni cerita pasal tahun lepas. Aku ade bawak anak-anak aku jalan-jalan. Tengah jalan-jalan tu, aku jumpa ngan sedara korang... Sombong tol dia sekarang, buat tak nampak je... Bila aku tegur pun dia buat-buat tak kenal. Aku siap lambai-lambai lagi u... Ade ke patut?


Dah la tempat tu ramai orang. Malu gila aku depan anak bini aku. Yang aku geram tu, dia boleh pandang je aku, senyum pun tak. Hangin satu badan aku aritu. Korang mesti tak caya punya kan. Tapi ini cerita betul. Kalau Mr Aben, tak kenal aku, aku kejar dia, Nasib baik la sedara yang ni aku tak leh nak kejar. Kalau tak... hmmm tau lah dia.


Korang jangan la terperanjat lak kalau korang jumpa dia pun dia buat tak kenal ngan korang. Memang sejak dia duduk kat kelumpo ni, dia dah banyak berubah. Tak sedar diri, dia lupa asal-usul dia. Malu nak ngaku asal usul dia. hampeh tul. Nasib baik aku kat tempat awam. Kalau aku jumpa kat parking keta, aku langgar je dia ni. (bengang gila ni,...)


Aku sempat snap gamba dia. Kalau ko terserempak ngan dia ni, baik buat tak kenal je la. Anggap je dia ni macam binatang!!! Tak yah la korang tegur-tegur, menyampah aku. SOMBONG gila. Mentang-mentangla sekarang ni dah ade kedudukan, jadi perhatian masyarakat, sampai keluarga pun dah tak kenal...


Ni, kat bawah ni gambar sedara korang...--->


he he he jangan marah.. Im sorry.. hu hu hu

Letakkan nilai pada kertas ni..

Selamat bertemu kembali aku ucapkan pada pengunjung blog tah apa-apa ni. Banyak benda aku nak tulis sebenarnya cuma aku, aku MALAS!!! Kalau aku rajin, aku tulis 10 post sehari, hu hu hu.


Ok la, kali ni aku nak cerita pasal sejenis kertas ni. kertas ni ada macam-macam warna dan macam-macam nama orang panggil. Lantakla korang nak panggil ape, tapi biarla aku gelarkan kertas ni sebagai 'duit'. Ya, duit... duit... duit...




Ada macam-macam nombor (selain ade gamba) kat atas duit tu. Ada tulis nombor 1, 5, 10, 50 dan 100. Warna bagi setiap nombor tu pun berbeza. Nilai dia pun berbeza gak.



Duit ni digunakan sebagai alat penukaran. Zaman dulu-dulu guna sistem barter untuk dapatkan barang. Contohnya Katalah aku ade seekor lembu, Cik Iera Rusli ade karipap. Kalau aku nak makan karipap, kena tukar karipap dengan lembu. Eh betul ke? he he he bukan camtu sebenarmya konsep sistem barter ni. Pertukaran tu pun mesti lebih kurang sama nilai atau kedua-dua pihak setuju. Kalau karipap tu ditukarkan dengan susu lembu, ok la ...



Itu zaman dulu punya citer. La ni kita pakai duit untuk mendapatkan sesuatu. Mana dapat duit? Macam-macam cara dan sumber untuk mendapatkannya. Senang ke susah nak dapat duit tu? Susah ke senang nak dapat? Aku tanya ni, nape tak jawab? Ape? sape kate senang tadi? boleh ajar aku camne cara senang dapat duit?



Ha... tau pun bukan senang nak cari duit ni. Kena buat macam-macam untuk mendapatkannya. Bila dah dapat duit tu, tak kan nak sia-siakan lak... Memang kita boleh tukarkan duit tu untuk mendapatkan ape sahaja yang kita hajati.

Cuma kadang-kadang kita menukarkan duit tu dengan benda tah ape-ape dan tidak berbaloi. Bila dah enjoy atau duit dah abis, baru dok pikiaq, "ishhh camne lak belanjawan aku boleh tergelincir lak bulan ni?" ataupun begini, "La apasal lak aku beli benda ni, tak beli pun tak pe...". Biasa la tu lumrah.... Aku pun camtu gak he he he.



Tapi bila mengenangkan penat-penat bekerja membanting tulang untuk mendapatkan 'DUIT', aku pikir aku mesti meletakkan nilai kat duit tu. Kita kena tau menilai mana satu keperluan dan kehendak.



contohnya cam ni..



Kalau aku bagi korang 10 hengget korang nak buat ape? Makan, beli baju, beli rokok, simpan, beli buku, derma kat masjid? bayar hutang? Macam-macam benda korang leh buat. Terpulang kat korang.



Kalau beli makanan, korang kenyang. Itulah nilai duit tu. Kalau beli rokok, dapat macam-macam, tembakau, asap penyakit dll. Itulah nilai dia. Kalau beli buku, korang baca, baca dan baca, bertambah ilmu. Itulah nilai dia.



Itu baru 10 ringgit. Bayangkan duit gaji korang yang beribu-ribu lemon tu, Adakah nilai yang korang bagi pada duit tu berbaloi? Penat oo kerja sebulaaann...



Apa yang aku nak bagi tau, kita kenalah belanja secara berhemah, jangan lupa menyimpan untuk masa depan, jangan boros, membazir dan letakkan nilai pada wang anda....

Selasa, 10 Mac 2009

Ita dah semakin sihat


hu hu hu suka betul ati aku bila aku dapat tau adik aku sorang ni dah sehat dah. Dia dah dapat jalan tanpa bantuan tongkat lagi. Bila tengok gamba dia jalan-jalan ngan family dia kat melaka, lega hati aku.



Dia siap gi ronda-ronda, naik Eye On Malaysia tu... Aku lom rasa nak naik benda ni lagi. Bini aku dah bising dah ajak aku naik benda ni. Nama je orang melaka, tapi jarang bawak dia jalan-jalan pusing bandar melaka. Tak pe, nanti la, bila ade masa aku bawak keluarga aku gi makan angin kat bandar melaka.


p/s: budak besar cam teddy bear sebelah adik farah tu, tunang dia,
Idan namanya...








Putus cinta? relaxla .. Jatuh Cinta Lagi!!!

kesian gak aku ngan sefufu ku yang sorang ni. Putus Cinta dah dia ngan si chenta dia... Bunga-bunga cinta si Misha Omar baru nak berputik dah gugur. Apa nak buat, kasih tak berkesampaian. So pada yang empunya badan, ni sifu nak bagi nasihat sikit...

dengar ye...





pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap wanita
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya
p/s: Kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum yang ade mak anjang Kuntum , hu hu hu...
sabor je la... mude lagikan, studi dulu nanti leh carik lain...

Jumaat, 6 Mac 2009

Sekadar peringatan...


Dah Solat Belum?



Ni gambar menarik aku jumpa kat internet. Mesej dia amat mendalam. Aku suka sangat...

hmmm anyway tahniah pada sesiapa yang create image ni...

cantik dan penuh makna


Khamis, 5 Mac 2009

Cerita Banjir lagi

Ni sambungan cerita banjir kilat 2 hari lepas. Ni ada gambar yang aku jumpa dalam thestar.com.my . memang teruk punya banjir sampai abis tenggelam keta. Syukur bukan keta aku, Alhamdulillah.

Sesuatu bencana menimpa kita adalah satu peringatan dari Nya untuk kita umat manusia. Marilah kita bermuhasabah diri sejenak... Fikir-fikirkan, ape yang kita buat selama ni... Adakah jalan yang kita lalui merupakan jalan yang diredhai atau sebaliknya...



hmmm,,, renung-renungkan.... fikir-fikirkan...


"tengah pikir la ni" hmmm zzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




kroh kroh krohhhh (bunyi berdengkur)




Rabu, 4 Mac 2009

Balada Upin & Ipin - Hantu durian



Sape dah tengok Upin dan Ipin - Geng pengembaraan bermula?

Anak-anak aku suka gila bila aku bawak diorang pegi tengok wayang. Mama dia pun suke.. (mana tak suke, aku yang kuar duit.. hu hu hu aritu Aji baKHIR dah kena ketuk)

Dalam citer tu si Singh dan Silly (akak salleh) jadi antu durian. Memang ade ke antu durian ni? Camne rupe dia yek? Cam ni ke?


ade motif tersirat ni... ape dia? fikirlah... entah, aku pun tak tau...


Raja segala buah, termasuk buah kelapa sawit...

lelong, lelong 2 singget 2 singget 2 singget!!! - leh jual kat ebay ke?


Ni sume gambar durian ngan beskal pancit opsss silap lak, beskal Opah Mertua ku, he he h e (beskal pancit jgn marah).... Aku amek gamba ni masa musim durian yang lepas kat bawah umah dia di Kg Teluk Sena, Bota Kiri, Parit, Perak.


Memang pesen umah kat sana tinggi-tinggi sebab umah opah aku ni dekat ngan Sungai Perak. Kira nak selamat dari banjir la ni...

Best o makan dian.... Shedaaaappp!!!!

Selasa, 3 Mac 2009

videoku di youtube

dulu aku ade buat satu movie amateur gila punya... testing je masa tu
aku upload kat youtube. Korang nak tengok ke? nak? ha tengok la...

Yang bawah ni gambar masa sukan sekolah tadika Isya dulu. Dia menang acara ni. cerita dia lebih kurang cam ni...

Hari ni aku dan Mama amek cuti sebab Icha ade sukan. Dia memang mengharapkan kami hadir memberi sokongan. Tak sia-sia aku datang hari ni sebab anak aku berjaya jadi johan dalam acara yang dia sertai.

Icha masuk acara tarik bola dalam gelung. Sebelum tu dia dah give up dah sebab dia tak reti nak buat. Dia kata dia selalu dapat tempat yang terakhir. Susah katanya. Tak sangka anak sekecil 6 tahun dah tahu berputus asa. Nampak sangat kekecewaannya sampai dia kata dia tak nak datang masa hari sukan tu nanti.

Aku terus bagi motivasi dekat dia. Aku tak nak anak-anak aku tewas sebelum berjuang. Aku terus bagi dia semangat, suruh dia berlatih dekat rumah. Akulah menjadi jurulatih dia. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya dia pandai untuk melakukan tugasannya.

Namun begitu aku tidaklah meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk dia memenangi acara tersebut. Yang penting bagi aku, Icha sudah melakukan yang terbaik!!!

Tak sangka lak aku masa acara tu berlangsung, dia dengan relax macam tak de tekanan terus memulakan langkahnya. Aku tengok dia meninggalkan pesaingnya terlalu jauh di belakang. Dengan yakin, dia meneruskan langkah hingga ke garisan penamat dan Icha telah menjadi johan untuk acara ini...

AKU BANGGA!!!



Bengangnya... sangkut dalam kesesakan lalu lintas - banjir kilat!!

Malas nak cakap banyak. dah penat gila dah ni. macam ni ceritanya:

. dari opis 5.15 pm (kelana jaya)
.sangkut dari damansara heights sampai jalan duta.
.sangkut dari jalan duta sampai jalan ipoh
.sangkut dari jalan ipoh sampai kg baru.
.sampai kg baru nak balik umah kat kepong dah tak leh kuar lak, jalan masih tersumbat lagi. (8.30pm).
.gi makan dulu kat kg baru (anak aku pow makan ikan bakar . ish ish ish...)
.sampai umah kol 10.10pm
dahsyat-dahsyat...

-Bayangkan .. bawak keta manual 3 jam lebih macam siput. jalan - stop-jalan -stop haiiyyya, mau tercabut lutut...


-petikan berita mengenai kejadian tersebut dari laman sesawang bernama-

Ribuan Warga Kota Terperangkap Ekoran Banjir By: Ramjit-->



KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.
Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.
"Banjir berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap."Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat," katanya.
Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh, Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta di naiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.
Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga pukul 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang ekoran bekalan elektrik yang terputus.
RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira 7 malam.-- BERNAMA

p/s: baru ku tahu, si budak jeman ni ade bakat tersembunyi rupanya. To Jeman, awas!! anda diperhatikan...

Isnin, 2 Mac 2009

ASBTAR - kenangan mengusik jiwa


Aku terjumpa logo Asrama Semai Bakti kat friendster Ita, adik aku. Lambang ni begitu mengusik jiwa. Banyak kenangan aku di sana.


Serba sedikit mengenai Asrama semai Bakti. Asrama ni merupakan asrama yang disediakan oleh pihak felda untuk anak-anak peneroka dan kakitangan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka yang terpilih untuk masuk dalam asrama ni akan di tempatkan di sekolah-sekolah terbaik. Dulu masa zaman aku dulu ada 4 buah asrama semai bakti iaitu di KL, Kuantan, Johor dan Kelana Jaya


Oleh kerana kecemerlangan aku dalam pelajaran (UPSR) aku di tawarkan tempat untuk masuk di asrama ni di Kuantan (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak). Aku sempat berada di sana dari 1990 hingga 1993. Terlalu banyak suka duka dan asam garam kehidupan aku lalui di sana. Di sanalah tempat aku bermula.


Bayangkan seorang anak kecil berusia 13 tahun terpaksa berjauhan dari keluarga. Masa tu family aku menetap di Felda Serting 2, Bahau, Negeri Sembilan. Memang satu suasana baru bagi aku. Sorang pon aku tak kenal, tiba-tiba kena campak kat satu dunia asing bagi aku. Sungguh mencabar.


Terima kasih buat Pok De dan Mok De yang sanggup bersusah payah menjaga dan menjenguk aku kat sana. Oleh kerana dia saja suadara aku yang berada kat Kuantan, maka setiap bulan, rumahnyalah menjadi destinasi persinggahan sementara aku sementara nak tunggu cuti sekolah. Aku boleh balik jumpa family aku masa cuti sekolah je. Setakat cuti biasa, memang lepak rumah Pok De ajelah. Tu pun sebulan sekali je. Memang ketat peraturan kat sana.


Ape yang aku masih ingat pasal ASBTAR:

*nama penyelia dia - En Azimat Kasa, En Nordin a.k.a lonjong

*Peraturan ketat - nak pergi prep ngan gi makan mesti pakai kasut ngan baju berkolar

*ade kelas taekwondo kat GYM

*nama driver bas - ayah wan, Pak Cik Kamali, Abang long ngan konduktornya Ajak

*pernah kena sebat ngan penyelia pasal gi Beserah (rumah kawan) x bagitau dia

*penyelia pegang duit kitorang - kalau nak kuar kena isi borang - cam kat bank lak

*ada kelas tuisyen - cikgu dari luar datang ajar kitorang


Terima kasih ASBTAR...

Ahad, 1 Mac 2009

Idamanku Toyota Alphard

Toyota Alphard

Memang best kalau dapat keta ni kan... Tapi rasanya memang tak dapek la... mahal gila. Mana mungkin aku mampu memilikinya ...