Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Februari 2010

Happy Birthday!!!! - Ayah, Isyia dan Apis..


Raya cina yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Jasin Melaka. Nenek aku buat kenduri, best ooooo.. Memang ramai ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Dekat 100 orang ade kot dalam perhimpunan keluarga 4 generasi ni.

Apa lagi yek? ooo baru aku ingat, Kami adik beradik (kecuali Ita...) meraikan hari jadi Ayah, Isyia dan Hafiz. Dalam majlis tertutup ni, kami adik beradik buatlah makan-makan sikit, ala BBQ je... Hu hu hu.. Happy birthday to my lovely Ayah, my daughter and my anak sedara, Hafiz...

Bersama-sama ini disertakan dengan beberapa keping gambar kenangan untuk tatapan kalian semua... To mereka-mereka yang tak dapat join tu, jangan marah and kecik hati, len kali kita buat lagi tau....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Raya 2009 - Bahagian 1


Ha ha ha. Lama sudah aku tak mencoret sesuatu di blog ni kan. Rasa malas gila nak menaip bait-bait perkataan. Ku gagahkan jua diriku untuk menulis dan hasilnya, terbitlah satu post hari raya special edition Bahagian 1.

Untuk raya kali ni, turn aku untuk menyambut hari lebaran bersama keluarga isteriku di Perak. Hari raya di sambut di rumah Opah kami di Kg. Telok Sena, Bota Kiri, Perak. Tak berapa meriah raya kali ni di sana, semuanya sederhana je. Mengapa agaknya? Tahla, ramai saudara yang tak balik beraya di kampung kot.
Sedikit gambar buat tatapan kalian...

Selasa, 18 Ogos 2009

Haziq, lipstick dan hembeg itu...

gambar yang mampu bercerita...

tengok tangan dia...

muka selepas ditangkap melakukan jenayah vandalisme


hasil kreativiti Haziq

Pastu Mama Dia jadi OTROMEN!!!! haiyyyaaa....

Test baju baru...

Malam minggu lepas, kitorang gi jalan-jalan ke Bazaria larut malam, dekat Danau Kota Setapak. Perghh, best gila kat sana. Memang kalah Uptown Kota Damansara. Memang ramai peniaga bumiputera carik makan kat sana. Naik lenguh pusing kat situ. Sampai sana dalam pukul 10 malam, abis pusing dalam pukul 12.00 malam.

Ape yang kitorang beli? ala, tak de beli ape pun, beli baju 2, 3 pasang je untuk askar aku yang 2 orang tu. Pukul 12.30 pagi baru sampai umah. Aku ingatkan budak-budak 2 orang tu dah penat dah, tapi segar bugar mata diorang, sibuk lak nak try baju yang beli kat sana.... ish ish ish

Nanti aku nak pergi lagi, sape nak ikut?






Selasa, 11 Ogos 2009

Mat rempit Junior

Tadi aku check folder inbox sms kat henpon aku, jumpa satu mms lama yang adik aku, Ita hantar kat aku .

Gambar Haziq nak merempit kat rumah Atuk. He he he,

Ahad, 9 Ogos 2009

Floria 2009 - Putrajaya


Semalam, aku dan keluargaku berkesempatan melawat pesta floria yang berlangsung di Putrajaya. Turut serta, Ayah, Mak dan Adik bongsuku , Farah... Memang best, bunga-bunga sumenye cantik-cantik, penuh warna-warni. Ah,,,, Malaslah nak tulis panjang-panjang. layan je la gamba ni yek...