Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 28 Mei 2009

Bila lanun jadi polis..


Inilah yang terjadi bila orang jahat dah jadi polis. Aku percaya korang sume baca paper hari ni kan? Kebanyakkan paper di muka depan memaparkan gambar manusia di penjarakan oleh manusia-mansia durjana yang bernama Ah Long.


Zalim dan kejam. Bagi aku tindakan penyangak tu sungguh tak berperikemanusiaan. Dah lah diculik peminjam tu, pastu di penjarakan hingga lebih dari 2 bulan, sampai hutang settle. Ish ish ish kebinatangan sungguh manusia ini..


Nasib baik polis dapat menghidu perbuatan mereka, kalau tak, mereka dah jadi raja suatu hari nanti. Jangan kerana duit, manusia hilang kewarasan dan hilang pertimbangan. Apakah manusia-manusia kejam ini sudah tak mempunyai hati dan perasaan? Dah lah mengenakan bunga yang berlipat ganda dari pokoknya, diseksa pulak peminjam yang tak dapat melunaskan bayaran.


Apa yang boleh kita lihat, dan ambil iktibar, jauhi Ah Long. Walau separah mana sekalipun situasi kewangan kita, elakkan dari pada lintah darat ni. Mereka memang kejam dan tidak mempunyai perasaan. Cuba kawal perbelanjaan dan belanja secara berhemah, agar kita tidak terjebak dengan masalah seperti ini....


p/s: sekadar renungan bersama....

Selasa, 26 Mei 2009

26 May, hari penuh bersejarah



Hari bersejarah? ya bagi aku hari ni memang amat bermakna dalam hidupku. Apasal aku kata bermakna? Adalah.... he he he...

Meh aku citerkan pasal tarikh keramat ni. Ceritanya lebih kurang begini...

Kira-kira 8 tahun lepas, setelah senja menjelang, aku telah menjalani satu proses transformasi. Ha ha ha, cam tag line AF 7 lak kan? Tapi transformasi yang aku nak citer ni ialah transformasi diri aku. Dari hidup membujang ke alam berumah tangga.

Ala, senang cerita, hari ni hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke 8. Huh, sekejap je dah 8 tahun aku menjadi seorang suami kepada seorang isteri.....(sorang ni je kot, he he he). Hasil dari ikatan 2 jiwa ni, telah menerbitkan 2 karya agung setakat ni. Sepasang putra putri untuk menghiasi dan mewarnai hidup kami... Isya dan Haziq nama diberi. Eh aku ni penerbit ke? Produser kot..

Setelah lebih 3 tahun kami menyemai benih-benih cinta, maka pada 26 mei 2001 dengan rasminya aku menjadi seorang suami dan sekaligus aku memegang portfolio sebagai Perdana Menteri dalam sebuah negara yang baru di bentuk.. Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang ketua keluarga. Banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan untuk memastikan negara yang ditadbir aman damai, makmur ekonominya, selamat, sihat dan lain-lain lagi. Ish,, ade ke samekan perkahwinan dengan sebuah negara? merepek betul aku ni...

Sesungguhnya usia perkahwinan kami masih mentah, banyak lagi yang perlu dipelajari dari masa ke masa. Terima kasih tak terhingga buat ayah, mak, mak mertua aku dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat buat kami. Jasa kalian amat-amat ku hargai...

Aku menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, perkahwinan kami tetap utuh dan harapanku agar jodoh kami dipanjangkan hingga hujung nyawa, Amin...

p/s: hujung minggu ni nak gi honeymoon.... he he he, sape nak ikot?

Rabu, 20 Mei 2009

Sibuknya aku...

He he he bulan ni merupakan bulan yang paling sibuk aku rasa. Sejak Emma masuk hospital, aku terpaksa tinggal bersama anak sulung aku, Isya berdua di KL. "Hu hu hu, suka lah HAziq duduk ngan nenek lama-lama kat kampung tu", kata isya dengan muncung di mulut. Dia jealous sebab tak dapat tinggal kat kampung coz kena gi sekolah.

Apa nak buat, terpaksalah aku menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada anak sulung ku ini. Banyak kerja perlu dibereskan. Makan minum, pakaian dan membantu anak aku menyiapkan kerja sekolahnya menjadi rutin harian aku sejak 2 menjak ni. Nasib baik bini aku dah gosok baju kitorang siap-siap dah. Aku paling malas nak gosok baju terutamanya part kain baju kurung. Cukup teman tak gemor!!!

Biasanya bini aku yang uruskan hal-hal rumah tangga seperti memasak, gosok baju, menyapu sampah dll. Aku cuma fokus pada pelajaran anak-anak ,jaga anak, membantu basuh baju dan kerja-kerja berat yang lain. Penat gak buat kerja rumah ni kan... perghhh...

Memandangkan Isya akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi, aku sedang giat bagi dia tuisyen. Alaaa, tuisyen main-main, sekadar ulangkaji balik subjek yang telah dipelajari. pergh lemah matematik dan bahasa inggeris rupanya budak Isya ni. Bukan senang rupanya nak jadi cikgu ni, susah rupanya. Cikgu Bohkori, boleh bagi tips, camne nak jadi pengajar yang baik? he he he

Kalau korang rasa bulan ni aku tak banyak tulis kat blog ni, harap korang pahamla tentang kesibukan aku yang mengalahkan menteri dalam negeri... he he he. Nanti kalau rajin atau ada cerita yang menarik, aku postkan kat blog ni...

babai..

Isnin, 18 Mei 2009

Selamat hari guru

Pertama sekali aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru, khususnya pada guru-guru yang pernah mendidik aku. Terima kasih cikgu kerana menjadikan aku seorang insan. Tanpa tunjuk ajar kalian, tak mungkin aku mengecap nikmat hidup ini.

Apa yang aku nak cerita kali ni adalah pasal anak aku dan hari guru. Macam biasa, rutin aku memeriksa beg sekolah Isya. Aku terjumpa sekeping kad ucapan untuk hari guru. Tah bila masa dia beli aku pun tak tahu. Agaknya dia beli di Koperasi Sekolah kot. Sejak dah pandai kira duit ni, asyik nak belanja je dia ni. Ikut perangai Mama dia lah tu. ish ish ish......

Aku baca apa yang dia tulis untuk bagi kat cikgu dia. Ha ha ha, tergelak aku baca apa yang dia tulis. Korang nak tahu apa yang dia tulis? Korang baca lah sendiri....

Cikgu selamat hari guru

cikgu terima kasih atas tunjuk ajar

saya tahu yang saya ni memang murid yang tak setia kepada cikgu
saya harap saya boleh minta maaf atas dosa saya selama ini
saya harap cikgu terimalah kat daripada saya ini
selamat hari guru dari Batrisyia.


Ha ha ha ha ha.... (gelak sampai tak de suara)

p/s: jangan bagi tau Isya, aku dah curi baca kad ucapan hari guru tu.... Ha ha ha ha ha ha Adooi... sakit perut..

Sabtu, 16 Mei 2009

Mimpi ngeri di siang hari

Memang habit aku tidur waktu petang. Nikmat je rasanya. Tak caya cuba korang tido waktu petang.


Lena giler aku tido petang tadi. Siap mimpi lagi. Cuma mimpi aku petang ni agak seram gak la. Bila bukak mata, Perghh, tarik naas lega aku. Nasib baik hanya mimpi. Kalau lah betul-betul kejadian, pitam den.


Korang nak tau ke apa yang aku mimpikan? He he he, aku mimpi bini aku melahirkan anak kembar. Bukan kembar 2, bukan 3, tapi KEMBAR 4!!! Lelaki semuanya lak tu... gilalah punya mimpi. Dalam mimpi tu pun aku dah tak tentu arah, inikan pulak kalau realiti. Sorang jantan pun separuh gila aku sekarang ni, ni kan pulak dapat sekali 4 sekaligus.


Ish ish ish,ngeri betul mimpi aku ni... Aku tahu anak ramai tu rezeki. Bukan aku nak tolak rezeki, cuma aku rasa aku belum bersedia lagi nak terima anak ramai-ramai sekaligus... Tapikan, comel gak anak-anak kembar aku tu. Sebijik macam muka bapak dia. Comelkan?

Gambar ni aku jumpa kat internet. Orang ni ada anak kembar 6. Hambek kau.... Ish ish ish...

Selasa, 12 Mei 2009

Selamat hari Ibu

Ibuku

Ibu mertuaku


mama anak-anakku


Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat hari ibu buat semua insan bergelar ibu di muka bumi ni, (ibu ayam tak masuk tau!!). Ucapan ini kutujukan khusus buat ibu ku yang tercinta, Kamariah Mamat, Ibu mertuaku, Maznah Yeop dan tak lupa buat isteriku Maizatul Emma Kamal.



Terima Kasih wahai Ibu-ibu sanjungan ku... Kalian sangat hebat...

Isnin, 11 Mei 2009

Kisah isteriku...

Lama gak aku tak update blog aku ni. Bukan apa, aku bercuti panjang...

Sempena cuti hari buruh yang lepas, Aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halamanku di Melaka. Lepas kerja hari khamis, gua gerak ke Putrajaya. Tidur rumah Farah, adik Bongsu aku. Dia nak ikut balik Kampung.

Actually, bini aku dah dekat 3 hari dah mengadu sakit pinggang. Biasala, sakit pinggang. Memang kerja dia banyak kena angkat kotak duit hari-hari. Dah tu dia kalau nak datang bulan memang sakit pinggang punya. Bila sampai je kat kampung, dia kata sakit sangat. Baring je dia kat rumah aritu.

Malas nak cerita panjang-panjang pasal percutian aku kali ni. Secara ringkas, beginilah lebih kurang kronologi cerita percutian ku:-

Hari Khamis
  1. Bini aku gi klinik, tak tahan sakit pinggang. Doktor kata sebab kencing kotor. Doktor bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan lain-lain. Settle....
Hari Jumaat

  1. Kitorang balik kampung di Melaka. Sakit pinggang bini aku masih tak hilang lagi. terbaring je dia ari tu...

Hari Sabtu.

  1. Emma ajak gi Klinik, sebab sakit pinggang dia tak hilang lagi. Bawak dia gi klinik pukul 11 pagi.

  2. Lepas diperiksa oleh doktor, dengan yakin doktor kata, ni bukan kencing kotor, sakit otot dan urat. Dia bagi satu suntikan tahan sakit kat punggung bini aku... Adooi,, sakitnya...

  3. Bila sampai umah mak aku, bini aku cakap sakit dia tak hilang lagi. Masih sakit lagi. Lepak dalam bilik je dia, tak leh buat apa-apa.

  4. Lepas maghrib, kitorang repeat balik gi klinik tu. Sebab lepas makan ubat tahan sakit, sakit pinggang dia semakin berdenyut-denyut. Kiranya ubat tu tak dapat mengatasi rasa sakit yang dialaminya. Doktor tak leh buiat apa-apa, cuma bagi krim, suruh sapu kat pinggang je...

  5. Tertidur dalam kesakitan....

Hari Ahad

  1. Dalam pukul 2.30 am, Emma kejut aku, dia dah tak tahan. Sakit gila kat pinggang dia. Baring tak kena, duduk tak kena....

  2. Aku siap-siap lebih kurang, pastu kami berdus meredah kegelapan malam menuju ke Hospital Jasin.

  3. Lepas Medical Assistant cek bini aku, dia kata, kencing kotor.... aik? mana satu ni?

  4. Dihadiahkan suntikan tahan sakit kat bahu dia.

  5. Sampai umah pukul 4 pagi. Lepak jap, pukul 5 aku tidur.

  6. Pukul 6 pagi mak aku kejut aku. Mak aku kata bini aku masih sakit lagi. Pelik aku, Dah bagi pain killer pun tak jalan.. hmmmm. Tak leh jadi ni, kena gi bawak jumpa specialist ni.

  7. Kitorang siap-siap, pergi ke Melaka. Thanks to sepupu aku, Maz, sebab bagi tau kat mana hospital panel bank kitorang.

  8. Sampai je kat Putra Specialist Hospital, terus gi ke bahagian Kecemasan. Lepas doktor periksa, doktor suspek batu karang kat buah pinggang dia. Buat scan, confirm, memang batu karang. Terus kena tahan wad.

  9. Malam tu adik Farah teman bini aku kat spital.

Isnin

  1. Bila kau sampai spital pagi tu, bini aku dah siap pakai baju "Operation" dah. Tak lama lepas tu, nurse bawak dia ke 'Operation theatre'. Aku ingat doktor nak laser dah batu karang dia.

  2. Rupanya tak. Doktor masukkan kamera ke dalam saluran kencing bini aku, nak teropong batu karanng tu. Aduihhh.. ngilu aku dengar. Tapi masa tu, bini aku tak sedar, dibius...

  3. Selesai operasi sekodeng batu karang. Aku tengok ada tiub tergantung kat katil. Cantik je paket kat bawah katil tu. Rupanya, bini aku kencing dengan menggunakan tiub hari tu... Kesian dia... mesti sakit, tiub ada kat saluran kencing. Arghhh,,,

  4. Malam ni, mak aku teman dia kat spital.

Selasa

  1. Doktor dah laser batu karang tu. Mengikut kata doktor, dah hancur dah batu tu.

  2. Cuma ada tiub kat dalam badan dia, doktor tak bukak lagi. Seminggu lagi baru boleh buang tiub tu. hish kesian betul....

  3. Malam ni aku teman bini aku kat Spital. Siap amek Single room tu, macam honeymoon lak kan...

Rabu

  1. Kuar spital ari ni. Nanti kena datang balik, buang tiub dalam perut dia minggu depan.
Ape-ape pun aku nak mengucapkan terima kasih kepada Keluarga ku kerana sanggup menjaga isteriku dan anak-anakku. Jasa kalian tak akan kulupakan. Tanpa kalian, tak mugkin aku dapat mengharungi masalah ni seorang diri.
Tak lupa juga buat Doktor, Jururawat dan kakitangan Hospital yang begitu dedikasi. Juga terima kasih buat teman-teman yang memahami situasi aku, sanggup mengambil alih tugas ku selama 5 hari aku bercuti.
Terima kasih juga buat saudara mara yang sudi melawat Isteriku di hospital. Jasa kalian tidak dapat kulupakan.



Semasa di Wad kecemasan, baru lepas scan.


Tidur, penat dan sakit...

Lepas buat laser. Muka pun dah naik sembab, banyak sangat masuk air...

Tempat aku memejamkan mata, menemani isteri...

Ahli Keluarga Baru di Ipoh...

Pada 28-04-2009 yang lepas, Adik Ipar aku, Erni telah selamat melahirkan seorang puteri yang sungguh comel. Kesian gak kat adik ipar aku ni, dia kena 'operate' pasal anak dia songsang. ISh ISh ISh....

Alhamdulillah, kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dah bertambah dah cucu Opah... Dah ada 3 orang dah cucunya... Baru happening sikit bila balik Ipoh... Nampaknya Isya ada kawan la balik Ipoh nanti. Haziq je hero Opah buat masa ni.

Yang tak bestnya, ada ke diorang suruh baby tu panggil aku 'Ayah Yop!!' Huish.... Tak siyooo teman... PAnggil aje la Pak long ke, Uncle Jems ke, baru best bunyi nye, ye tak? hu hu hu

Kat bawah ni ade gambo baby comel tu. Nama dia kalau tak silap, Alya Qistina.