Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 30 Jun 2009

Testing

Percubaan menulis blog guna henpon. Ok tak? Ok la tu...

Ahad, 28 Jun 2009

Sibuknya aku...

Huh, sejak minggu lepas, jadual kehidupan ku berubah lagi. Bermula miggu lepas, sesi persekolahan Isyia dah tukar pada sesi pagi. Ini bermakna, aku terpaksa bangun lebih awal dan keluar dari rumah lebih awal lagi.

Memang memenatkan. Mengantuk gila bila dah sampai rumah. Nak bukak internet pun dah malas. Letihla... So, tak banyak yang aku nak cerita kali ni. Nanti bila dah ada cerita, aku updata korang yek...

Selasa, 23 Jun 2009

Selamat hari bapa


Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa khas buat ayahanda tercinta. Sedikit Ucapan khas buat Ayah...



Ayah, Terima kasih atas segala kasih sayang yang ayah curahkan kepada kami sekeluarga. Dengan ilmu dan didikan ayah telah menjadikan Angah sebagai seorang manusia hari ni. Jasa Ayah terlalu besar, tak terbalas rasanya. Ayahlah idola terunggul Angah. Keperibadian Ayah amat Agah kagumi. Semangat dan Aspirasi Ayah menjadi pendorong buat anakmu ini untuk menempuh hidup.... Terima Kasih Ayah...



Ayah, tak terucap rasanya kalimat ini di mulut anakmu. Berat benar untuk Angah Ucapkan. Jika Ayah baca tulisan anakmu ini, ketahuilah Ayahandaku, inilah yang ingin Angah ucapkan... "Ayah, Angah sayang Ayah!!!, Terima kasih atas segalanya"

Selasa, 16 Jun 2009

Kenduri Naik Buai Baby Alya Qistina

Hari sabtu yang lepas, telah berlangsungnya majlis kenduri kesyukuran menyambut kehadiran baby baru Alya Qistina (anak saudara aku - belah bini). Kenduri ini akan dibuat di rumah Opah, di Kampung Telok Sena, Bota Kiri, Perak.

Memang banyak urusan yang perlu di buat bagi memastikan urusan kenduri berjalan lancar. Setelah tiba dari Ipoh pada petang jumaat, Kami mula sibuk dengan tugas masing-masing.

Erni sedang menghias buaian

Sedang menggoreng ayam

Korang pernah dengar tak pasal bubur anak lebah? Pelikkan? AKu mula dengar pasal bubur ni masa aku dah kawin dengan orang Perak. Baru aku tau apa dia dan macam mana rasa bubur ni. Bubur ni lebih kurang macam pengat, tapi dia punya isi dari tepung beras. Ala-ala cendol. Diorang makan bersama pulut, baru kaw, kata orang sanala, tapi aku tak berapa suka coz aku tak makan pulut dan tak suka makan pengat.. Biasanya bubur ni disediakan waktu kenduri macam ni lah. Leceh gak nak buat bubur ni. Tak caya, korang tengok ni.



Tenyeh, jangan tak tenyeh... yah, yah, yah
Nak Buat ayam masak merah

Hidir, masak air

En. Yeop Bin Karim - my Atuks mertua he he he

My Mums in law with her secret recipees nasi minyak

Apalagi yang ada pada kenduri ari tu? Aku dah lupa la,.. Yang aku ingat, ada marhaban, berzanji kot, pastu baby naik buai. Diorang buai baby sambil marhaban dan berzanji.

Korang layan je la gamba-gamba kenduri ni yek...


Tembamnya baby ALya Qistina...

Haziq pun nak buai gak... hu hu hu

orang marhaban, Haziq bergusti, ceh...

Yey... Haziq menang!!!!

Isya dengan Bapa saudara yang sebaya. (sepupu emma)

anak saudara bersama bapa-bapa saudara... hmmm...

Moyang bersama cicit ketiganya...

macam anak patung lak, siap kena conteng sebelum berangkat semula ke Ipoh. Tah la, kononnya nak mengelakkan keteguran, hmmm aku no komen...

Sebahagian dari 3 generasi keluarga En Yeop & Opah Umi...

Takziah...

Pagi semalam, Emma telah kehilangan nenda tercinta @ Opah. Opah sebelah bapa, telah pergi menghadap Illahi jam 9.00 pagi semalam.

Kami yang baru tiba dari Ipoh malam semalam, bergegas semula ke Ipoh. Huh... agak memenatkan, tapi apakan daya....

Allahyarhamah Saodah Bt Bakar telah pergi meninggalkan kami di usia 74 tahun kerana sakit tua. Sesungguhnya keluarga kami meratap pemergian beliau, kerana semasa hayatnya, beliau sangat penyayang dan terlalu mengambil berat perihal anak, cucu serta cicitnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan bersama orang yang beriman...


Al Fatihah

Ahad, 14 Jun 2009

Alya Qistina


Tribute khas buat anak saudara ku.. Alya Qistina Binti Mohd Hidir...







KL- Ipoh - Bota - Ipoh - KL

AKu baru balik dari bercuti di Ipoh Perak. Balik umah mak mertua aku, pastu balik kampung opah di Kampung Telok Sena, Bota Kiri Perak.

Ada apa kat kampung. Ada kenduri kesyukuran menyambut baby erni (Alya Qistina).

Aku penat sikit ari ni, so nantilah, bila aku dah tak penat, aku upload gambo-gambo kenangan waktu kenduri tu nanti...

Selasa, 9 Jun 2009

Mainan perasaan

Tah, aku tak tau nak cakap macam mana.

Hari ini aku diselubungi pelbagai perasaan. Memang cukup sempurna ari ni. Semua rasa aku dapat rasai hari ini dengan jayanya.

Rasa lapar, kenyang, ngantuk, gembira, bengang, penat, sedih, risau, runsing, marah, sakit hati, meluat dan benci , ahhhh banyak nya rasaaaa.... Bermain dengan perasaan nampaknya aku hari ni...

Apa nak buat ni? ahhh, telefon mak dulu lah, dah lama tak dengar suara mak. Lepas dah bercakap ngan mak, walaupun sekejap, aku dapat merasakan ketenangan. Aku mula tenang. Hati yang gusar dengan api kemarahan yang menyala, telah mula leyap... Itulah kuasa seorang ibu. Dapat meleburkan api kemarahan, bomba pun kalah...

Pasal apa aku rasa marah, sedih, tertekan, risau, rungsing dan macam-macam lagi perasaan yang buruk? Sebab pelbagai kejadian dan perkara yang aku terpaksa pikirkan dalam satu masa. Bayangkan kalau masalah korang datang bertimpa-timpa dalam satu masa, tak sampai 3 jam? Lepas satu, satu, lepas satu, satu... Macam mana korang hadapinya?

Masalah aku? he he he biarlah aku je yang tahu....

Isnin, 8 Jun 2009

Panasnya...

Huh, memang sejak 2 menjak ni, cuaca memang giler-giler punya panas. Bahang semacam je kan? tk tau la sampai bila.

Yang tensionnye, sampai takleh tido dek kepanasan melampau ni. Ni yang rasa nak pasang air cond kat umah ni. he he he. Ish ish ish, mana ade duit nak pasang air cond. Kalau owang kaya leh la. Mana dengan nak beli air cond lagi, bill api sure bertambah kaw kaw nye nanti.... Tak pe la, pendam je hasrat di hati tu... Tunggu sikit masa lagi.

Lagi satu aku panas pasal astro ni. Ade ke patut di hentikan siaran saluran kirana (channel 122). Hampeh tol. Di gantikan dengan pakej mustika (yg ada 3 saluran). Aku suka tengok kirana pasal banyak citer seram dan citer hantu kat saluran tu. Haziq la paling suka saluran tu. Bengang betul. Tinggallah rancangan yang tah apa-apa tah kat saluran percuma dia tu. Servis kalau bagus tak pe gak, ni macam tut!!!!..

sabo-sabo....

p/s: jaga kesihatan musim panas ni....

Ahad, 7 Jun 2009

Blog anak aku...

Malam ni aku baru je bukak satu blog buat Isya. Dia sibuk sangat nak taip cerita kat komputer katanya. Dia nak kongsi cerita dia dengan kawan-kawan.


Aku biarkan dia taip sendiri apa yang dia nak. Aku cuma bagi pertolongan dari segi teknikal je, seperti nak masukkan gambar dsb. Kalau rajin, silalah menjengah ke laman blog anak aku ni...

Hobi terbaru aku

Sejak 2 mwnjak ni aku rasa aku mempunyai satu hobi baru. Aku suka kumpul fridge magnet. Belum banyak lagi koleksi aku. Akan aku tambah koleksi ni sikit demi sikit.

Rasa-rasanya kalau dah ada byak fridge magnet dalam koleksi aku, nak bukak galeri online la pulak. Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat, bertukar koleksi dan urusan jual beli. Memang ramai pengmpul fridge magnetke Mesia ni sebenarnya.

Kalau korang ade terjumpa fridge magnet yang cantik-cantik, tolongbelikan untuk aku yek, nanti aku bayor. NAk bagi free pun apa salahnye, he he he....

Cherating - hari terakhir

Hari ni merupakan hari terakhir ku di Cherating. Lepas sarapan pagi, terjun kolam untuk kali terakhir. Lama gak aku biarkan budak-budak tu berendam, sampai si kecik tu ajak naik.

Lepas check out, aku memulakan perjalanan menuju ke Kemaman untuk membeli sedikit keropok lekor dan keropok kering. Beli kat kedai di tepi jalan menuju ke Kemaman, harga ok la, biasa je... Sampai di Kemaman, pergi minum kopi kat sebuah restoran berkonsep kopitiam. Kedai yang bernama Kedai Kopi Hai Peng amat terkenal di rantau ini. Restoran ini juga pernah di lawati oleh Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

Apa yang menarik tentang restoran ni? Kopi yang mengancam, roti bakar yang sedap, telur separuh masak yang power dan pelbagai sajian menarik turut di tawarkan. Rugi rasanya jika dah sampai kat sana tak pekena roti bakar kat sini. Memang ramai pengunjung yang turut menjamu selera di sini. Rata-rata pengunjung yang berbangsa melayu seakan-akan terpesona dengan keharuman dan keenakan kopi yang di sediakan. hmmmm korang layan je la gambar-gambar ni yek..





Selesai sessi minum-minum, kami berangkat pulang menuju ke Kuala Lumpur. Ops, lupa lak nak cerita, kitorang singgah dulu kat Pusat Santuari Penyu Cherating sebelum balik. Best tengok penyu-penyu kat sana. Cuma kitorang tak leh lama kat sini sebab pusat ni dah nak tutup (waktu lunch). itula kekurangan pusat ni. Ada ke patut dia tutup dari pukul 1.00 - 2.00 petang? Sepatutnya tempat-tempat kunjungan pelawat ni perlu sentiasa dibuka.






Singgah makan tengah hari di R&R Temerloh. Kat sini, kami memilih untuk pekena ikan patin lak. Sememangnya Temerloh amat terkenal dengan ikan patinnya. Teringin la pulak nak rasa ikan patin masak tempoyak. Mengasyikkan, kalau tak percaya, tengok ni..... he he he, tak tengok orang dah ...


Maka selesai lah sudah edisi cuti-cuti Malaysia kami kali ni. Memang percutian kali ni amat menyeronokkan. Kalau masa dan kewangan mengizinkan, rasanya nak pergi lagi, tapi mungkin tempat lain pula kot.....

Ok lah sampai di sini dulu yek, babai...

Cherating - hari ketiga

Pagi ni kitorang nak breakfast kat luar lak. Makanan yang disediakan resort ni, kurang menyelerakan. Lagipun saje nak try kat gerai-gerai tepi jalan. Terasa rindu lak nak makan nasi minyak sebagai sarapan pagi. Aku ngan Emma amek nasi minyak. Isya lak, dia makan mee celup. Sedap giler, kenyang lak tu.. Ni kira pengalam baru untuk bini aku bersarapan dengan nasi minyak.. Terkejut dia. ha ha ha

Pastu aktiviti biasa, mandi kolam, mandi laut.

Hari ni kitorang plan nak gi ke Kemaman. Saja nak jalan-jalan. On the way pergi ke Kemaman, singgah kat kedai jual keropok tepi jalan, nak beli keropok lekor. Kitorang lepak kat benteng pekan Chukai tu. Layan keindahan sungai sambil makan keropok lekor. Best betul...

Lepas makan tengah hari berhampiran dengan taxi stand, kitorang gerak ke cherating. Petang relax dalam bilik, theh, aktiviti kolam dan laut. Malamnya, makan biasa, kat gerai tepi jalan. Hmm tak sedap. tapi boleh laaa....