Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 16 Ogos 2009

13 tahun sudah...

huh, tak sangka, lama jugak aku ni dah bekerja. Rasa baru semalam je aku berenti sekolah, he he he.

Memang cepat masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah tua. Tak lama lagi, pejam celik pejam celik terus pejam... Ish ish ish.. Lama sungguh aku berada dalam industri kewangan ni. Pelbagai cabaran, dugaan dan pengalaman serta ilmu telah aku kumpul dalam hidup aku selama bergelar 'Banker' ni.

Rasa bertuah gak bila berada dalam industri ni, sebab aku dapat belajar tentang kewangan. At least dapat membantu aku untuk merancang kewangan diri aku sendiri. Dengan ilmu kewangan yang mantap, aku yakin Insya Allah suatu hari nanti aku akan dapat capai matlamat kewangan yang telah aku tetapkan. Korang nak belajar tentang ilmu kewangan? he he he

Sebenarnya, bidang kewangan ni memang penting dalam kehidupan kita. Kita mesti tahu serba sedikit tentang instrumen kewangan, pelaburan dan perlindungan. Bagi mereka yang tak berapa tahu, jangan takut, relaxla, aku ada... korang boleh contact aku untuk mendapatkan khidmat nasihat. No problem la kawan.... free of charge...

Aku rasa dengan ilmu dan pengatahuan yang aku ada, kini tiba masanya untuk aku mengorak langkah dalam bidang kewangan ni. Aku bersama partner ku akan memberikan khidmat nasihat dan rundingan kewangan seperti - pinjaman, kad kredit, insurans, wasiat, unit trust, dan lain-lain lagi. Cuma buat masa ni kami hanya bersedia untuk memberikan servis di sekitar lembah kelang sahaja, Maklumlah, kakitangan terhad...

Kami sedang merancang untuk membuka satu blog atau site. Tunggu.. akan ku umumkan kelak... Harap, korang kat luar sana dapat bagi sokongan kat agensi kami tu yek...

2 ulasan:

*∽ IZAN ∽* berkata...

wahhh.. bagus nihhh.. all the best!

Mjkhir berkata...

thanks my friend...