Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 28 Ogos 2009

tak de mood nak update blog

Bulan pose ni, memang aku tak de mood nak update blog. Rasa penat je badan ni. Mungkin sebab kurang tidur kot. Sememangnya agak rushing jugak kehidupan bulan pose ni bagi aku. Terkejar-kejar dari waktu sahur sampai lah waktu nak tidur.

Kalau korang tengok blog aku ni bersawang bulan ni, paham-paham je la ye....

Ape yek aku nak update korang sume? tak de pape kot aku rasa. Adalah sikit-sikit aku nak update korang... antaranya - >

* Umah yang terbaru aku beli - dah sain SNP dengan lawyer, dah bayar down payment, tengah tunggu lawyer siapkan SNP aku. Macam nak pitam aku tengok invoice dari lawyer tu... he he he mahal gak dia charge aku... Kalau tak de aral, leh pindah ke rumah idaman aku pertengahan tahun depan kot... Pas tu aku sewakan rumah yang aku duduk sekarang ni... sapa nak sewa? he he he

* Bisnes aku - tengah susun strategi. Bulan ni sales aku kurang sikit. Tak pelah, jadilah.. sikit pun, sikitlah, dari tak de, ye tak... Aku tengah plan nak diversifiy kan lagi bisnes aku, nak jual barang-barang lak, selain dari khidmat rundingan kewangan yang aku tawarkan.


* Aset aku - Aku ada sebuah rumah yang aku beli masa bujang dulu (low cost apartment). Lama benar rumah tu kosong tanpa penyewa. Lepas raya ni aku nak sewakan balik rumah tu, so boleh generate positive cash flow. Aku masih dapat untung lepas tolak instalment kat bank. Kalau korang ade duit, aku sarankan invest la, beli property banyak-banyak kat Kelumpo ni, memang boleh buat duit....

Tiada ulasan: