he he he, ade lagi....
Kali ni aku nak cerita pasal nama terpanjang lak. Adik ipar aku, Erni kata, nama aku panjang. Tak delah panjang sangat nama tu. 13 Huruf je, 3 perkataan.
Nama aku Mohd Jamal Khir Bin Ismail. Nama tu, Tok Abah kesayanganku yang bagi. Mak ngan Ayah aku ada nama lain, aku pun dah lupa dah, tah apa nama tu tah... Tapi best gak nama tu. Demi menghormati orang tua, mak dan ayah aku berkorban dan tercatatlah di atas surat beranak nama aku... Walau apa pon nama aku, aku tetap hensem... he he he... betul tak?
Korang tau tak, aku ada sorang kawan, nama dia memang unik dan cukup panjang. Bukan saja unik pada nama, orang nya juga, bagi aku cukup unik dan kreatif. Dia memang berbakat besar dalam bidang penulisan, kewartawanan dan yang sewaktu dengannya. Nama unik sahabat aku tu ialah, Syirfan Indra Mitra Surya Bin Husin. Panjang tak nama tu? Panjang kan nama dia?.
Panjang dan pelik nama tu. Tapi sebab peliknya nama tu, aku ingat nama tu sampai aku mati. Aku kenal dengan Syirfan ni masa aku sekolah di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dulu. Aku berpindah ke sekolah tu masa aku tingkatan 4.
Syirfan, masa tu dia tingkatan 5. Oleh sebab aku baru masuk, maka aku di orientasikanlah. Aku di tugaskan oleh kapten asrama untuk menulis semua nama senior dan mendapatkan tandatangan mereka. Dekat lebih 5 kali aku jumpa syirfan ni nak amek tandatangan dia, dia reject, sebab nama dia salah eja... waaaa... Bro Syirfan, gua ingat tu sampai ari ni....
Sedikit info mengenai beliau...(di petik dari blog dia sendiri)
Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin- S.I.M.S. Berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lui Timur. Kemudiaannya ke Tuanku Muhammad School (TMS). Bergraduat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000 dalam bidang Linguistik Melayu dan Penulisan Kewartawanan.
Mula terlibat dalam industri penyiaran sejak tahun 2000. Bermula di RTM selaku penulis skrip dan kemudiannya penerbit rancangan. Menjelajah dari stesen TV dan Production House- Menerokai daerah kecil dan negara-negara besar- Memahami gaya hidup dan pelbagai ras budaya. Menulis lebih dari 1000 buah skrip untuk dokumentari atau bual bicara. Menghasilkan dokumetari-dokumentari pelbagai jurnal. Antara yang terbesar seperti Ginseng Untuk Dunia dan Subuh Berdarah Di Kuala Krau.
Akhirnya 2006, mula bertugas di FM Production Sdn. Bhd, terlibat dalam penerbitan Expose, Expose Mistik, Atlas Nusantara, Epik dan sebaginya. Jawatan terakhir di FM Producton sebagai Manager (Editorial / Content).
Tahun 2007, berjaya mencatat nama sebagai wartawan Malaysia pertama menjejak kaki ke wilayah bergolak Dagestan, Rusia. Kejayaan ini terakam dalam program Ziarah 2- Rusia.
Turut terlibat dalam penerbitan dokumentari Khas Kisah Ina: Balada Gadis HIV sebagai pengarah dan penerbit. Dokumentari ini berjaya menimbulkan kontroversi berkaitan dengan isu pelacur yang dibawa.
Dalam tahun 2007 dokumentari “Keris” untuk National Geographic juga berjaya dihasilkan selepas bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit.
Mengembara sekitar Russia, Greece, Mesir, Yamen, Iran, dan India serta bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip untuk projek mega dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnaian”.
Kini bersedia untuk “Salahuddin Al-Ayubbi : Dari dari Tikrit ke Al-Aqsa”
Kalau nak kenal dengan dia, sila layari blog dia di http://syirfan.wordpress.com/
Antara hasil kerja beliau dan teamnya...
Jumaat, 24 April 2009
Rabu, 22 April 2009
Fuiyyo panjangnya,,,
Sapa baca surat khabar utusan hari ni?
Ada satu berita ringkas kat muka depan surat khabar tu, menarik perhatian aku. Ianya mengenai nama tempat terpanjang di dunia. senang cerita, aku tulis balik laporan akhbar tu ye, untuk tatapan korang...
WEBSTER, Massachusetts 21 April – Nama sebuah tasik di sini yang mengandungi 45 huruf iaitu Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg, dieja salah di papan-papan tanda menuju ke kawasan tersebut.
Dalam kamus Webster, tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg diiktiraf sebagai antara nama terpanjang bagi sesebuah tempat di dunia.
Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud ‘Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah’. –AP
p/s : kelakar betul nama tempat ni dalam bahasa kita kan. Cuba bayangkan kawan kau tanya, "Nak pegi mana tu?" Korang pun jawab, "Aku nak pegi Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah".
Ha ha ha ha ha

Labels:
merapu
Ahad, 19 April 2009
Cerita tahun lepas - Zoo Negara
Salam buat semua pengunjung blog aku ni.
Banyak lagi gambar-gambar dalam folder aku ni dah nak berkulat dah. Kali ni aku nak kongsi dengan korang gambar kami sekeluarga kat Zoo Negara. Kitorang gi Zoo tahun lepas. Saja ak bawak budak-budak tu jalan-jalan tengok binatang.
So, pada suatu pagi sabtu yang agak indah, ceewaaah,,,, kami pun mulakan perjalanan dari teratak buruk kami menuju ke destinasi yang telah direncanakan.
Memang enjoy, rasa terhibur dan sedikit kepenatan. Anak-anak aku memang seronok haritu. Budak-budak memang suka tengok binatang. Binatang kat sana pun suka tengo anak aku. Malas la nak tulis panjang-panjang, korang layan je la gamba-gamba yang menarik ni tau.
Labels:
Percutian
Jumaat, 17 April 2009
Aku penat
Huh, lama gak aku tak tulis apa-apa dalam blog ni.
Actually, minggu ni aku penat giler, so otak ada sikit lembab untuk menulis. Rasa malas lak tu.. Apa yang buat aku penat? Tah la, aku pun tak tahu. Agaknya sebab kerja-kerja kat opis kot.
Bermula bulan April ni, aku telah ditugaskan untuk buat kerja sebalik tabir di opis aku. Ini bermakna aku dah tak jadi teller / cashier / juruwang lagi...yahooo!!!!
Oleh kerana nak sesuaikan diri dengan kerja baru tu, so memanng memenatkan badan dan kepala hotak.
Nantilah, besok aku akan tulis post-post maut untuk tatapan korang sume...

Sabtu, 11 April 2009
Betul ke Wanita ni memang Kompleks?
Aku dapat email dari kawan aku. Aku baca email tu dan aku rasa ada kebenarannya. So aku nak letak email tu kat blog aku buat tatapan korang sume.
Korangpun aku rasa mesti setuju dengan fakta yang dibentangkan oleh pengirim email tu. Email dia berbunyi macam ni:-
Korangpun aku rasa mesti setuju dengan fakta yang dibentangkan oleh pengirim email tu. Email dia berbunyi macam ni:-
Betul ke Wanita ni memang Kompleks?
Lelaki
- Waktu lunch, jalan ke tempat makan
- Sampai kedai makan, masuk
- Ambik Pinggan
- Letak nasi
- Letak Lauk
- Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
- Makan
- Habis
- Balik Opis or pegi surau.
Perempuan
- Waktu lunch, jalan ke kedai makan
- Perhatikan orang waktu jalan
- Sempat mengumpat dulu
- Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
- Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri
- Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
- Ramai orang,cari kedai lain.
- Jalan lagi
- Dah puas ati..masuk
- Survey lauk dulu 2, 3 minit.
- Carik2 pinggan, ambik pinggan
- Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii.
- Dah puas ati, ambik nasi
- Ambik nasi ceduk sikit-sikit
- Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
- Buang balik nasi..banyak
- Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi....(tinggal sejemput)
- Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
- Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
- Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
- Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
- Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
- Ambil lauk
- Pusing lagi
- Carik sayur pulak!
- Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
- Ke kaunter bayaran
- Tgk2 nasi dlm pinggan
- Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
- Sampai depan kaunter "berapa?"
- Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2...
- Keluarkan duit
- Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
- Tutup dompet. Ambik nasi
- Tinjau-tinjau tempat duduk.
- Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
- Cari tempat duduk lain
- Jumpa. Duduk..
- Alamak. Air tak order lagi
- Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
- Order air
- Bangun
- Ambik sudu
- Duduk
- Bangun
- Ambik tisu
- Duduk
- Air Sampai
- Belek dompet (Step tadi)
- Bayar
- Tutup
- Minum Air
- Start makan
- Tengok-tengok orang sambil makan
- Makan separuh..kenyang
- Letak sudu, letak garpu
- Pinggan tolak tepi
- Borak2 kater makanan tak sedap
- Ngumpat2..tgk orang
- Pukul 2, naik opis..
HUH!!! SAMPAI 60 STEP!!! Susah betul jadi pompuan ni... So, to pompuan-pompuan, ada ape-ape komen?
Labels:
merapu
Langgan:
Catatan (Atom)