Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 24 April 2009

Fuiyyo panjangnya... part 2

he he he, ade lagi....

Kali ni aku nak cerita pasal nama terpanjang lak. Adik ipar aku, Erni kata, nama aku panjang. Tak delah panjang sangat nama tu. 13 Huruf je, 3 perkataan.

Nama aku Mohd Jamal Khir Bin Ismail. Nama tu, Tok Abah kesayanganku yang bagi. Mak ngan Ayah aku ada nama lain, aku pun dah lupa dah, tah apa nama tu tah... Tapi best gak nama tu. Demi menghormati orang tua, mak dan ayah aku berkorban dan tercatatlah di atas surat beranak nama aku... Walau apa pon nama aku, aku tetap hensem... he he he... betul tak?

Korang tau tak, aku ada sorang kawan, nama dia memang unik dan cukup panjang. Bukan saja unik pada nama, orang nya juga, bagi aku cukup unik dan kreatif. Dia memang berbakat besar dalam bidang penulisan, kewartawanan dan yang sewaktu dengannya. Nama unik sahabat aku tu ialah, Syirfan Indra Mitra Surya Bin Husin. Panjang tak nama tu? Panjang kan nama dia?.

Panjang dan pelik nama tu. Tapi sebab peliknya nama tu, aku ingat nama tu sampai aku mati. Aku kenal dengan Syirfan ni masa aku sekolah di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dulu. Aku berpindah ke sekolah tu masa aku tingkatan 4.

Syirfan, masa tu dia tingkatan 5. Oleh sebab aku baru masuk, maka aku di orientasikanlah. Aku di tugaskan oleh kapten asrama untuk menulis semua nama senior dan mendapatkan tandatangan mereka. Dekat lebih 5 kali aku jumpa syirfan ni nak amek tandatangan dia, dia reject, sebab nama dia salah eja... waaaa... Bro Syirfan, gua ingat tu sampai ari ni....

Sedikit info mengenai beliau...(di petik dari blog dia sendiri)

Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin- S.I.M.S. Berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lui Timur. Kemudiaannya ke Tuanku Muhammad School (TMS). Bergraduat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000 dalam bidang Linguistik Melayu dan Penulisan Kewartawanan.

Mula terlibat dalam industri penyiaran sejak tahun 2000. Bermula di RTM selaku penulis skrip dan kemudiannya penerbit rancangan. Menjelajah dari stesen TV dan Production House- Menerokai daerah kecil dan negara-negara besar- Memahami gaya hidup dan pelbagai ras budaya. Menulis lebih dari 1000 buah skrip untuk dokumentari atau bual bicara. Menghasilkan dokumetari-dokumentari pelbagai jurnal. Antara yang terbesar seperti Ginseng Untuk Dunia dan Subuh Berdarah Di Kuala Krau.

Akhirnya 2006, mula bertugas di FM Production Sdn. Bhd, terlibat dalam penerbitan Expose, Expose Mistik, Atlas Nusantara, Epik dan sebaginya. Jawatan terakhir di FM Producton sebagai Manager (Editorial / Content).

Tahun 2007, berjaya mencatat nama sebagai wartawan Malaysia pertama menjejak kaki ke wilayah bergolak Dagestan, Rusia. Kejayaan ini terakam dalam program Ziarah 2- Rusia.

Turut terlibat dalam penerbitan dokumentari Khas Kisah Ina: Balada Gadis HIV sebagai pengarah dan penerbit. Dokumentari ini berjaya menimbulkan kontroversi berkaitan dengan isu pelacur yang dibawa.

Dalam tahun 2007 dokumentari “Keris” untuk National Geographic juga berjaya dihasilkan selepas bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit.

Mengembara sekitar Russia, Greece, Mesir, Yamen, Iran, dan India serta bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip untuk projek mega dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnaian”.
Kini bersedia untuk “Salahuddin Al-Ayubbi : Dari dari Tikrit ke Al-Aqsa”


Kalau nak kenal dengan dia, sila layari blog dia di http://syirfan.wordpress.com/




Antara hasil kerja beliau dan teamnya...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kwn bang ngah eh ni??
fuyoooo..hebat...

Mjkhir berkata...

antara kawan-kawan yang best

Tanpa Nama berkata...

power lah mamat nie... hehehehe. tiba-tiba rasa malu....

Mjkhir berkata...

ceit.. pooorahhh!!!