Ahad, 1 Mac 2009

Ita - Kisah adikku

Kisahnya bermula begini...


Di satu hari yang tenang, aku dah tak ingat hari ape, tapi taun lepas la. Ada satu petant tu tiba-tiba henfon aku berdering. Terpampang nama Kak Long di skrin henfon aku. "ish, ape lak Kak long nak ni, jarang dia call aku kat opis" kata hati kecilku.

aku : ello Long..
Kak Long : Ngah, ko kat mana?
aku : kerja, apasal?
Kak Long : aku nak bagi tau sikit ni. Ko de dengar ape-ape pasal Ita tak?
aku : tak de... kenape? (hati aku semakin cemas.)
Kak Long : dia eksiden. Kena kat Terachi. Ada dalam ICU, masih belum sedar lagi.

Mak aku memang fobia dengan eksiden ni. Masa dia dapat tahu tu, dia menjerit sakan. Dia memang takut dengan kemalangan ni. Pantang dengar eksiden, dia memang jadi kecut. Ni kena kat anak sendiri lak. Kebetulan masa kejadian tu, dia memang ade kat umah Ita sebab nak jaga Rina dan Chuni. Memang menggemparkan.


ya, adik aku Ita eksiden. Masa tu dia dalam perjalanan nak gi kursus di Salak (kalau tak salah aku) Dia berlanggar dengan lori. Teruk gak. Kaki dia patah kat peha. Kaki dia kena operate masuk besi.
Keta kancil dia menurut kata adjuster dan worksyop, total lost. Tak leh nak wat ape lagi...

Sampai la ni masih bercuti dan bertongkat. semoga dia tabah menghadapi dugaan dari Nya..

he he he dia dah beli kereta baru dah... (Saga BLM kot... adik pun beli gak kete ni)








Kalau tengok pada keadaan kereta ni, ish ish ish rasa-rasa memang dah tak de dah... tapi syukur Tuhan masih sayangkan dia...

Cameron Highland - Destinasi Percutian Keluarga



Ni tahun lepas punya cerita. Masa balik Ipoh, kitorang ade plan nak gi jalan-jalan, tapi tak tahu nak gi mana. Lepas sedikit perbincangan ala sesi brainstorming, maka kita dapat mencapai kata sepakat. Ya, kita menuju ke puncak.


CAMERON Highlands....


Kitorang gi 2 kete yang mana mereka yang turut serta dalam rombongan ni ialah aku, bini aku, isya, haziq, mak mertua aku, adik ipar aku 2 orang (eni dan adik ar) dan makwe dik ar , Laili (la ni bekas makwe dah). Biras aku, hidir tak ikut sebab dia kene keje aritu. Bos dia sibuk buat open house, jadi dia kenalah buat-buat rajin sikit. he he he takpe, lain kali leh ikut,


Pagi-pagi berolak dari Ipoh. Sarapan kat Gunung Rapat, makan roti canai. Leh tahan sedap gak restoran mamak tu. Garing je roti canai dia. Bila dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan mendaki ke puncak cameron Highland. Kitorang naik ikut Simpang Pulai.


Best gak jalan-jalan kat atas ni. Banyak tempat kitorang pegi. Atara tempat yang kitorang pegi ialah Ladang Teh kat Sungai Palas. memang best kat sini. Lepak-lepak sambil makan kek dan minum teh MAHAL. he he he . Kopak gak aku aritu kena ketuk... Ape nak buat.... terima ajelah Lepas minum dan makan kek, kitorang gi melawat Kilang Teh dia. Dapatla tengok cara-cara diorang proses teh.




Masa baru sampai kat Ladang Teh Boh Sungai Palas


Ceria je sume amek gambar berlatar belakang kebun teh...


Posing skett...



Sedapnya minum teh ni, pekat gila.... fresh lak tu kek dia pun sedap.... dan MAHAL!!


Kat hujung tu lah tempat kitorang minum...


Aktiviti-aktiviti lain yang kitorang buat kat atas ialah:


*Ronda-ronda

*Beli belah - beli strawberi, gi pasar minggu, beli baju

*Makan-makan - makan cendawan goreng, kincam goreng ... hmmm sedap...


*beli sayur dll


Memang best. Nanti kalau ade masa dan duit lagi, aku akan pegi lagi... hu hu hu hu


Waaa.. masa turun, eni muntah dalam keta... Maklumlah membawa budak. Siaannn. Abis jeket bini aku jadi mangsa. Masa nak muntah tu dia memang tak tahan, tak tahu nak buat camne dah, terus amek jaket bini aku yang tersangkut kat kerusi dan ape lagi terus UUUWWWWEEEEEKKK!!! haiiyaaaa...


Apa-apa pun, nilah kenangan aku sekeluarga di atas puncak Cameron Highlands...

Aku VS Rokok



Aku tak tau lah tah kenapa susah sangat aku nak tinggalkan kekasih hatiku ini. Dah berbagai macam cara aku cuba tinggalkan menatang ni, tapi aku belum cukup kuat.

semakin aku cuba membuang benda ni jauh dari ngatan aku, semakin banyak pulak rokok ni aku sedut. Parah tol cam ni.

Siang tadi, anak sulung aku, Isya bising pasal aku isap rokok. Guru besar dia kata rokok ni di ade racun kat dalam dia, nanti boleh mati. Sayang jugak anak aku kat bapak dia.

Bini aku dah malas nak cakap dah, dia biar je, agaknya nak tunggu aku mati cepat kot... ish ish ish. Dia tak larat nak cakap dah, aku je yang buat tak dengar...

Aku cube, ye aku akan cube buang ko rokok, tapi lepas abis kotak yang ni la... (he he he - ayat biasa aku ucapkan bila datang semangat nak berenti konon,,)

Raya 2008

ha ha ha
memang aku nak gelak. Azam nak buat blog memang ade, cume malas je.
Tengok orang buat, aku pun nak buat, tapi dek kerana kekangan masa, so... terbengkalaila jawabnya....

nanti aku selongkar dan akan uploadkan gamba family aku.

ok, kali ni aku nak letak gamba masa raye taun lepas.

Tahun lepas kene turn aku beraye kat melaka, so taun ni aku beraya ngan mak, ayah dan adik je. Ita ngan kak long balik beraya umah mertua diorang

Ape ape pun raya aku tetap meriah...



Sabtu, 5 Julai 2008

Salam Pertama

Salam Pertama,

Blog ni aku wujudkan untuk merakamkan detik detik kehidupa seharian ku dan keluarga ku. Aku tak taulah aku ni rajin ke tidak nak tulis blog ni... tapi aku cuba...

Kini baru ku sedar, hari ini tak akan berulang lagi. Jadi untuk itu aku ingin merkamkan detik-detik bermakna dalam hidupku untuk menjadi kenangan abadi .

Walaupun agak terlewat untuk aku memulakan blog ni, tapi aku berazam untuk mengabadikannya walaupun dengan hanya sepotong ayat.