Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 1 Mac 2009

Cameron Highland - Destinasi Percutian Keluarga



Ni tahun lepas punya cerita. Masa balik Ipoh, kitorang ade plan nak gi jalan-jalan, tapi tak tahu nak gi mana. Lepas sedikit perbincangan ala sesi brainstorming, maka kita dapat mencapai kata sepakat. Ya, kita menuju ke puncak.


CAMERON Highlands....


Kitorang gi 2 kete yang mana mereka yang turut serta dalam rombongan ni ialah aku, bini aku, isya, haziq, mak mertua aku, adik ipar aku 2 orang (eni dan adik ar) dan makwe dik ar , Laili (la ni bekas makwe dah). Biras aku, hidir tak ikut sebab dia kene keje aritu. Bos dia sibuk buat open house, jadi dia kenalah buat-buat rajin sikit. he he he takpe, lain kali leh ikut,


Pagi-pagi berolak dari Ipoh. Sarapan kat Gunung Rapat, makan roti canai. Leh tahan sedap gak restoran mamak tu. Garing je roti canai dia. Bila dah kenyang, kitorang teruskan perjalanan mendaki ke puncak cameron Highland. Kitorang naik ikut Simpang Pulai.


Best gak jalan-jalan kat atas ni. Banyak tempat kitorang pegi. Atara tempat yang kitorang pegi ialah Ladang Teh kat Sungai Palas. memang best kat sini. Lepak-lepak sambil makan kek dan minum teh MAHAL. he he he . Kopak gak aku aritu kena ketuk... Ape nak buat.... terima ajelah Lepas minum dan makan kek, kitorang gi melawat Kilang Teh dia. Dapatla tengok cara-cara diorang proses teh.




Masa baru sampai kat Ladang Teh Boh Sungai Palas


Ceria je sume amek gambar berlatar belakang kebun teh...


Posing skett...



Sedapnya minum teh ni, pekat gila.... fresh lak tu kek dia pun sedap.... dan MAHAL!!


Kat hujung tu lah tempat kitorang minum...


Aktiviti-aktiviti lain yang kitorang buat kat atas ialah:


*Ronda-ronda

*Beli belah - beli strawberi, gi pasar minggu, beli baju

*Makan-makan - makan cendawan goreng, kincam goreng ... hmmm sedap...


*beli sayur dll


Memang best. Nanti kalau ade masa dan duit lagi, aku akan pegi lagi... hu hu hu hu


Waaa.. masa turun, eni muntah dalam keta... Maklumlah membawa budak. Siaannn. Abis jeket bini aku jadi mangsa. Masa nak muntah tu dia memang tak tahan, tak tahu nak buat camne dah, terus amek jaket bini aku yang tersangkut kat kerusi dan ape lagi terus UUUWWWWEEEEEKKK!!! haiiyaaaa...


Apa-apa pun, nilah kenangan aku sekeluarga di atas puncak Cameron Highlands...

2 ulasan:

Erni berkata...

huish..ape cite muntah masuk blog ni..hampeh..

Mjkhir berkata...

hua hua hua. Tu masa kamu mula ngandung dulu. La ni dah nak meletup dah. Kejap je kan? rasa macam semalam kamu muntah dalam kete aku. hua hua hua...