Isnin, 30 Mac 2009

Baru lepas jadi doktor

he he he.. aku baru je lepas jadi doktor. Jadi doktor? Doktor apa? adelaaa

Aku macam biasa la malam-malam ni surf internet kat dalam bilik. Mama, anak-anak dan opah dia tengok tv kat ruang tamu. Mak mertua datang ke kl ari sabtu lepas. So, dia mengambil kesempatan tu untuk bermanja-manja dengan cucu-cucu kesayangan diaorang ni, maklumlah cucu baru ade dua je.

Aku tak taulah tah apa yang opah dia main ngan cucu-cucunya kat luar tu, bising je bunyinye. Lantakla, bukan selalu dapat jumpa cucu. 2 bulan sekali baru aku balik ke Ipoh. Wah meriah tul diorang. Macam dah dua tahun lak tak jumpa. Lantak je la.. Bior je deme main, ye tak?

Tengah best-best aku baca cerita laptop ilang kat http://www.beskalpancit.wordpress.com/, tiba-tiba Isya menjerit.

"Ayah!!! mulut Isya berdarah!!" Aku tetiba jadi panik. Aku ni memang agak takut dengar perkataan darah. Boleh menggeletar satu badan kalau tengok darah.

Nak tak nak, terpaksa jugak aku tengok mulut dia. Ya rabbi!!! dah merah menyala dah!! gigi dia sume dah warna merah. Aku mula seram sejuk. Memang takut gila!!! Aku tengok betul2, rupa-rupanya gigi dia dah nak tercabut. Dah senget dah gigi tu. Gigi dia tu memang dah goyang dah, cuma aku belum bawak gi cabut je.

Ah sudah, camne ni? Aku ni bukan berani sangat. Aku suruh mama cabut, dia lagi tak berani. Mak mertua aku? dia pun dah diam dah. Yang sibuk budah Haziq je nak tengok. Isya dah menangis dah bila tahu mulut dia berdarah. Bila aku suruh dia kumur-kumur, banyak darah kuar. Cuak dia...

Oleh sebab dah cekemasan (kecemasan), aku terpaksa memberanikan jua diriku yang penakut ni. aku letak tangan aku kat mulut dia, pastu cuba tarik gigi tu. Menggigil tangan gua beb, he he he. Aku kontrol macho, tarik gigi dia pelahan-lahan. tap, gigi tu tercabut.

Fuh!!!, lega. Hilang rasa takot. Dengan bangga aku tayang gigi tu kat diorang. He he he, aku dah jadi doktor!!!!

gambar budak rongak

gigi tu aku tanam kat dalam pasu

Ahad, 29 Mac 2009

Jalan-jalan di Uptown Kota Damansara

Tadi aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke uptown Kota Damansara. Kebetulan, adik ipar dan ibu mertuaku datang dari Ipoh tengah hari tadi. So aku entertain diorang kat sanala. Sambil makan-makan, kitorang gi window shoping sekali.

Cerita bab makan kat sini, ok la ada banyak pilihan. Macam-macam jenis makanan ada dijual. Deretan warung menyediakan pelbagai jenis makanan, tak kira makanan timur dan barat, semua ada.

Lepas makan, kitorang jalan-jalan tengok barang-barang yang dijual di sana. Setakat tengok je la, tapi tak beli apa pun. Bini aku je sibuk beli tudung kat sana. Agak ramai gak orang yang berkunjung ke bazar uptown ni. Bolehlah menyumbang pada kerancakan ekonomi orang kita. Aku tengok, ramai gak peniaga melayu yang cari makan kat sana. Baguslah, sekurang-kurangnya orang kita boleh maju dalam bidang ekonomi.

Cuma aku rasa tempat ni agak kurang happening jika nak dibandingkan dengan tempat lama mereka iaitu di uptown damansara dulu. Aku rasa, kat sana duu lagi meriah la... Kenapa? tah la...

anyway, tu je lah yang aku nak cerita hari ni. Malas nak cerita banyak.


Jumaat, 27 Mac 2009

cisss... malunya.....

Ni aku nak bawak satu kisah yang bagi aku amat memalukan... hi hi hi Walaupun hampir 2 tahun berlalu, tapi peristiwa tu, memberi kesan yang besar kat diri aku ni... Malu besar aku bila mengenangkan apa yang dah aku lakukan.

Korang nak tahu ke apa peristiwa yang paling memalukan di alaf milenium ni? Okla.. aku kongsi cerita tu...

Ianya berlaku ketika aku pulang dari kerja, nak pergi menjemput Isya dari sumah Babysitter. Masa tu, bini aku baru lepas abis pantang. Dia tinggal ngan Haziq kat rumah. So, aku hantar Isya sorang je kat rummah babysitter.

Tah kenapa petang tu aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Maklumlah drive sorang-sorang, baru lepas kerja lak tu. Memang penat + mengantuk = nak terlelap!!!. Ku tahankan juga mata ku. Puas aku tampar-tampar pipi aku, kononnya nak segarkan mata, tapi.. ahhhhh ngantuk gila tu... Aku teruskan drive, sambil layan lagu kuat-kuat dalam keta.

Akhirnya, sampai gak kat Kampung Baru. Rumah babysitter dekat Kampung Baru. Kebetulan, berhampiran ngan rumah dia tu ada pasar malam di kiri-kanan jalan. So, bila nak sampai kat area pasar malam tu, jalan sesak la pulak. Ish, ish ish...jalan dah la sempit, tepi-tepi jalan tu ada pasar malam lak... Bila nak sampai ni. Aku dah ngantuk ni... Kereta kat situ lak, beratur panjang nak melepasi kawasan pasar malam tu.

Ah, tension aku. Terpaksalah aku bersabar je, apa nak buat lagi... Aku layan lagu je la. Aku memang suka menyanyi kuat-kuat dalam keta untuk hilangkan tension aku bila jalan sesak ke, boring ke... Kebetulan, masa tu stesen radio yang aku dengar (sinar fm) tengah pasang lagu Zaiton Sameon (Menadah Impian). Ahh.. zaiton sameon pun boleh la.. layan je..

Aku pun, apa lagi, terus ikut nyanyi lagu tu sepenuh perasaan. Best gak... Bila nak sampai korus lagu tu, aku tarik nafas dalam-dalam, dan aku nyanyi sepenuh perasaan dan sekuat hati (boring dan ngantuk punya pasal) Cam ni korus dia:

kusimpan Kenangan
Cinta Bersamamu
kupadam Impian
Biar Menjadi Debu
kusangka Kau Sayang
Cinta Kepadaku
kusangka Kau Jujur
Rupanya Bersandiwara
jiwaku Sepi
Resah Kesorangan
aku Menadah Impian

Sambil nyanyi, sambil bawak kete, memang best oo. Layan je rasanye. Bila abis je korus, Tiba-tiba.... aku dengar suara orang bersorak....
Aku pelik... Dari mana datangnya suara orang bersorak ni? Ku pandang depan,takde ape-ape. ku pandang kiri,line clear. Ku pandang kanan..... Alamak!!! Tingkap kete aku terbukak luas!!!!! Cinabeng!!!!! Gua sudah malu besar... Terus hilang ngantuk aku ari tu....

Sejak dari tu, aku kalau boleh nak pegi umah babysitter aku tu, aku pusing ikut arah lain. Malu siol... Suara dah la sedap sikit dari suara katak, nyanyi lagu retro gila lak tu. Dah la tu, nyanyi lak sekuat hati kat area pasar malam!!!! hu hu hu. Tobat aku tak nak dengar dah lagu zaiton sameon tu lagi ...

Jom sokong Earth Hour



Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF. ianya disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Kempen ini menuntut supaya kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim.

Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 jam 8:30 malam, waktu tempatan. so, sama-sama lah kita menyokong kempen ini.



Selasa, 24 Mac 2009

Aku buat pizza




He he he. Hari ni aku mc. Aku kan kena demam campak. Abis badan dah berbintik-bintik cam rimau!!! huh...

Apa yang aku buat kat umah? Aku kemas umah sikit, layan internet, tidur, makan dan buat pizza!!! ya aku buat pizza. Pizza maggi, hi hi hi.

Sebenornye anak aku dah request pizza maggi ni since ari sabtu, tapi aku tak sihat. Aku tak larat nak buat. So, petang tadi takde ape nak buat, aku pun buatla pizza maggi kesukaan diorang ni. Bukan susah nak buat cuma kena pakai maggi, telur dan sedikit bawang, tu je... (aku buat simple je)

Kiranya pizza tu nanti jadi makanan untuk diorang dalam kereta nanti la. Pukul 5.20 aku keluar amek mama balik kerja, dan terus ke Kampung Baru, amek Haziq lak kat umah baby sitter. Pastu gi ambik Isya lak kat sekolah dia.

Balik je dari sekolah, dia suka gila bila aku bagi bekas tupperware yang mengandungi makanan kegemaran diorang tu. Aku potong 8 bahagian pizza tu, diorang makan, tinggal sepotong je tak abes. Huh, memang kebulur betul anak-anak aku tu. Bini aku pun apa kurangnya, sebat gak pizza tu...

korang nak pizza tak? hu hu hu hu