Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 30 Mac 2009

Baru lepas jadi doktor

he he he.. aku baru je lepas jadi doktor. Jadi doktor? Doktor apa? adelaaa

Aku macam biasa la malam-malam ni surf internet kat dalam bilik. Mama, anak-anak dan opah dia tengok tv kat ruang tamu. Mak mertua datang ke kl ari sabtu lepas. So, dia mengambil kesempatan tu untuk bermanja-manja dengan cucu-cucu kesayangan diaorang ni, maklumlah cucu baru ade dua je.

Aku tak taulah tah apa yang opah dia main ngan cucu-cucunya kat luar tu, bising je bunyinye. Lantakla, bukan selalu dapat jumpa cucu. 2 bulan sekali baru aku balik ke Ipoh. Wah meriah tul diorang. Macam dah dua tahun lak tak jumpa. Lantak je la.. Bior je deme main, ye tak?

Tengah best-best aku baca cerita laptop ilang kat http://www.beskalpancit.wordpress.com/, tiba-tiba Isya menjerit.

"Ayah!!! mulut Isya berdarah!!" Aku tetiba jadi panik. Aku ni memang agak takut dengar perkataan darah. Boleh menggeletar satu badan kalau tengok darah.

Nak tak nak, terpaksa jugak aku tengok mulut dia. Ya rabbi!!! dah merah menyala dah!! gigi dia sume dah warna merah. Aku mula seram sejuk. Memang takut gila!!! Aku tengok betul2, rupa-rupanya gigi dia dah nak tercabut. Dah senget dah gigi tu. Gigi dia tu memang dah goyang dah, cuma aku belum bawak gi cabut je.

Ah sudah, camne ni? Aku ni bukan berani sangat. Aku suruh mama cabut, dia lagi tak berani. Mak mertua aku? dia pun dah diam dah. Yang sibuk budah Haziq je nak tengok. Isya dah menangis dah bila tahu mulut dia berdarah. Bila aku suruh dia kumur-kumur, banyak darah kuar. Cuak dia...

Oleh sebab dah cekemasan (kecemasan), aku terpaksa memberanikan jua diriku yang penakut ni. aku letak tangan aku kat mulut dia, pastu cuba tarik gigi tu. Menggigil tangan gua beb, he he he. Aku kontrol macho, tarik gigi dia pelahan-lahan. tap, gigi tu tercabut.

Fuh!!!, lega. Hilang rasa takot. Dengan bangga aku tayang gigi tu kat diorang. He he he, aku dah jadi doktor!!!!

gambar budak rongak

gigi tu aku tanam kat dalam pasu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah..alhamdulillah, akhirnye selamat gg tu bsalin..wakakakakakakka!!

Mjkhir berkata...

akulah bidannya