Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 27 Mac 2009

cisss... malunya.....

Ni aku nak bawak satu kisah yang bagi aku amat memalukan... hi hi hi Walaupun hampir 2 tahun berlalu, tapi peristiwa tu, memberi kesan yang besar kat diri aku ni... Malu besar aku bila mengenangkan apa yang dah aku lakukan.

Korang nak tahu ke apa peristiwa yang paling memalukan di alaf milenium ni? Okla.. aku kongsi cerita tu...

Ianya berlaku ketika aku pulang dari kerja, nak pergi menjemput Isya dari sumah Babysitter. Masa tu, bini aku baru lepas abis pantang. Dia tinggal ngan Haziq kat rumah. So, aku hantar Isya sorang je kat rummah babysitter.

Tah kenapa petang tu aku rasa mengantuk yang teramat sangat. Maklumlah drive sorang-sorang, baru lepas kerja lak tu. Memang penat + mengantuk = nak terlelap!!!. Ku tahankan juga mata ku. Puas aku tampar-tampar pipi aku, kononnya nak segarkan mata, tapi.. ahhhhh ngantuk gila tu... Aku teruskan drive, sambil layan lagu kuat-kuat dalam keta.

Akhirnya, sampai gak kat Kampung Baru. Rumah babysitter dekat Kampung Baru. Kebetulan, berhampiran ngan rumah dia tu ada pasar malam di kiri-kanan jalan. So, bila nak sampai kat area pasar malam tu, jalan sesak la pulak. Ish, ish ish...jalan dah la sempit, tepi-tepi jalan tu ada pasar malam lak... Bila nak sampai ni. Aku dah ngantuk ni... Kereta kat situ lak, beratur panjang nak melepasi kawasan pasar malam tu.

Ah, tension aku. Terpaksalah aku bersabar je, apa nak buat lagi... Aku layan lagu je la. Aku memang suka menyanyi kuat-kuat dalam keta untuk hilangkan tension aku bila jalan sesak ke, boring ke... Kebetulan, masa tu stesen radio yang aku dengar (sinar fm) tengah pasang lagu Zaiton Sameon (Menadah Impian). Ahh.. zaiton sameon pun boleh la.. layan je..

Aku pun, apa lagi, terus ikut nyanyi lagu tu sepenuh perasaan. Best gak... Bila nak sampai korus lagu tu, aku tarik nafas dalam-dalam, dan aku nyanyi sepenuh perasaan dan sekuat hati (boring dan ngantuk punya pasal) Cam ni korus dia:

kusimpan Kenangan
Cinta Bersamamu
kupadam Impian
Biar Menjadi Debu
kusangka Kau Sayang
Cinta Kepadaku
kusangka Kau Jujur
Rupanya Bersandiwara
jiwaku Sepi
Resah Kesorangan
aku Menadah Impian

Sambil nyanyi, sambil bawak kete, memang best oo. Layan je rasanye. Bila abis je korus, Tiba-tiba.... aku dengar suara orang bersorak....
Aku pelik... Dari mana datangnya suara orang bersorak ni? Ku pandang depan,takde ape-ape. ku pandang kiri,line clear. Ku pandang kanan..... Alamak!!! Tingkap kete aku terbukak luas!!!!! Cinabeng!!!!! Gua sudah malu besar... Terus hilang ngantuk aku ari tu....

Sejak dari tu, aku kalau boleh nak pegi umah babysitter aku tu, aku pusing ikut arah lain. Malu siol... Suara dah la sedap sikit dari suara katak, nyanyi lagu retro gila lak tu. Dah la tu, nyanyi lak sekuat hati kat area pasar malam!!!! hu hu hu. Tobat aku tak nak dengar dah lagu zaiton sameon tu lagi ...

Tiada ulasan: