Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 29 Mac 2009

Jalan-jalan di Uptown Kota Damansara

Tadi aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke uptown Kota Damansara. Kebetulan, adik ipar dan ibu mertuaku datang dari Ipoh tengah hari tadi. So aku entertain diorang kat sanala. Sambil makan-makan, kitorang gi window shoping sekali.

Cerita bab makan kat sini, ok la ada banyak pilihan. Macam-macam jenis makanan ada dijual. Deretan warung menyediakan pelbagai jenis makanan, tak kira makanan timur dan barat, semua ada.

Lepas makan, kitorang jalan-jalan tengok barang-barang yang dijual di sana. Setakat tengok je la, tapi tak beli apa pun. Bini aku je sibuk beli tudung kat sana. Agak ramai gak orang yang berkunjung ke bazar uptown ni. Bolehlah menyumbang pada kerancakan ekonomi orang kita. Aku tengok, ramai gak peniaga melayu yang cari makan kat sana. Baguslah, sekurang-kurangnya orang kita boleh maju dalam bidang ekonomi.

Cuma aku rasa tempat ni agak kurang happening jika nak dibandingkan dengan tempat lama mereka iaitu di uptown damansara dulu. Aku rasa, kat sana duu lagi meriah la... Kenapa? tah la...

anyway, tu je lah yang aku nak cerita hari ni. Malas nak cerita banyak.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hoaa best ke uptown sini? xpnh smpi lg

Mjkhir berkata...

boleh la, tak berapa best. diorang jual barang tah apa apa tahhh

Tanpa Nama berkata...

gerbang malam kat Taman Kanak2 kat Ipoh lagi best ...suh diorg ttp je la uptown tu....

Mjkhir berkata...

waaa nakk urut tapak kaki kat Gerbang Malam...