Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 6 Jun 2009

Cherating - hari kedua

Hari kedua (isnin), pagi-pagi lagi anak-anak aku dah bangun dah. Tak sabar-sabar nak pergi mandi kat swimming pool lagi.


Selepas sarapan pagi, maka aktiviti mandi di kolam pun dimulakan. Boleh tahan lama gak budak-budak tu berendam main air. Aku biar diorang berendam sampai puas. Lantak kome laaa....

Ari ni plan nak gi ke Bandar Kuantan, lebih kurang 40km dari sini. Singgah amek gambar pantai di Pantai Balok. Sungguh cantik pemandangan pantai ni....



Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi seterusnya. Kami berhenti di Pantai Batu Hitam, untuk mandi manda. Yahooo, terubat juga rindu untuk mandi di Pantai Batu Hitam ni. Tapi tak leh mandi lama sangat sebab cuaca sangat panas, takot demam lak nanti... Melalak si kecik, sebab tak puas main air. hu hu hu...




Pastu, kitorang gerak gi Bandar Kuantan. Masa ni Budak-budak dah pengsan dalam kete dah. Penat lepas main air. Makan kat benteng, tepi Sungai Kuantan. Memang best makan kat sini. ABC ngan Lai Ci Kang dia, perghhh mengancam... (sorry tak de pic).

Lepas makan, gerak ke Taman Teruntum lak. Taman ni kira macam mini zoo la. Tapi binatang banyak yang dah tak de... Layan makan lagi kat sini. Kitorang makan udang tepung, sotong tepung, kepok lekor dan air kelapa. Kenyang giler... Selesai makan, balik ke Cherating. On the way balik tu, kitorang gi carik satar dan keropok lekor. Layan satar lak petang tu kat Resort...


Petang, mandi kolam lagi. Mandi tak berapa lama sangat petang ni, sebab anak-anak dah penat dah. Siap-siap, pergi dinner malam nanti.


Malam ni kitorang dinner grand sikit. Kitorang gi makan di Restoran Kendi. Makan seafood kat sana. kitorang order ketam bercili, udang goreng tepung, dan sotong bakar. Memang best. Ada orang tu, sebenarnya pantang makan sea food ni, tapi dia bedal gile-gile kat situ... hmmm. Tak berapa enjoy sangat makan kat sini coz, si Haziq mengamuk. Agaknya dia penat kot. Serba tak kena dibuatnya. Sabo je la,,,,


Selesai hari kedua, tunggu lagi sambungan kisah percutian ku di post akan datang..

1 ulasan:

che'Burn@che'Qis berkata...

eee..x malu! nampak belalai dier..hehehe