Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 11 Julai 2009

Miss D, Aku rindu kamu,,,

Sekian lama aku menjeruk rasa. Perasaan ku pada Miss D, semakin ketara sejak akhir-akhir ni. Entah kenapa, rindu benar aku pada si dia. Memang aku sukakannya, tapi apa kan daya...

Setelah aku hampir berjaya melupakan Miss D, sejak akhir-akhir ni bayangannya muncul kembali. Ahh... gila betul. Apa kejadahnye semua ni. Mengapa kau hadir saat ini D? Apakah kau ingin menggoda aku seperti apa yang kau lakukan dulu? Tak cukupkah kau dengan apa yang telah kita lalui semusim yang lalu?

Aku sememangnya tak kuat. Hatiku mudah cair dengan pujuk rayu D. Hatiku meronta-ronta ingin bertemu dengan dirimu D. Sejak ku mendapat berita yang kau kini bertandang ke Kota Metrofulus eh Kota Metropolitan ni, aku seolah-olah mendapat tenaga baru. Ada sinar baru dalam hidupku. Tunggu, aku akan pergi jua menemui dirimu D...

Aku nekad. Aku tak peduli lagi. Biarlah isteri dan anak-anak-anakku tak dapat menerima dirimu. Aku sememangnya ingin menyunting mu D. Akan ku perkenalkan dirimu pada keluarga ku. Apa yang jadi selepas tu, terserah pada takdir.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, lepas maghrib tadi aku keluar kononnya nak ke pasar malam. Isteri dan anakku merasa jengkel melihatku. Kenapa agaknya, oh mungkin kerana pakaianku kot. Ye tak ye jugakkan, takkan nak pergi pasar malam sikit punya hemsyem.... Ah lantaklaaa. Aku punya suka la nak pakai apa, orang nak jumpa buah hati lama. Diaorang apa tahu....

D, kau masih tak berubah. Masih seperti dulu lagi. Ah bahagianya aku... Sekian lama tak bersua, tak sangka kau masih menggunakan perfume yang sama. Rindu benar aku pada aroma perfume mu D. Ayuh D, naik keretaku, kita menuju ke rumahku. Akan ku perkenalkan dirimu dengan isteri dan anak-anakku.

Di dalam kereta, ligat fikiranku mencari idea bagaimana untuk memperkenalkan D kepada keluargaku. Bagaimanakah penerimaan mereka nanti. Dapatkan mereka menerima D? Ahh... buntu aku. Tapi aku dah nekad. Apa nak jadi, jadila... aku tak peduli. Perjalanan diteruskan menuju ke destinasi....

Agak-agak dapat tak anak bini aku menerima D? Aku tak nak komen pasal tu, tapi korang pasti tau apa jawapannya kan.... hmmmmm "Hidup Biar Sedap!!!"

3 ulasan:

*∽ IZAN ∽* berkata...

ha ha ha hampehh betulll.. ingatkan cerpen pendek tadi.. rupanyer betull! Durian plakkk tuhhhh! hehehhe...

Memang best pekena Mr/Mrs D time musim2 cenggini!

Mjkhir berkata...

hua hua hua, bila kau ngan bek bek nak belanja aku makan durian? hu hu hu

erni berkata...

oit cik emma..makan cover2 la ckit...hehe..

**hari ahad minggu lepas ada pi cameron..igat nak belikan magnet unt abg jamal.tapi duit x cukup lak..lain kali je la..hehe..sejuk gile smalam..alya tido xingat punya..menyusu pun x..hehehe..