Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 19 Julai 2009

Aku rimas





Gambar salah satu bakul mainan anak-anak aku...

Rimasnya aku... sini mainan, sana mainan, dalam bilik ada mainan, bawah kerusi ada mainan, dalam bilik air ada mainan, sana, sini, situ sume ade mainan. Di mana-mana ada mainan. Dah tebiat budak-budak ni lepas main mainan biar bersepah.

Dah berbuih mulut mama dia membebel, berleter dan bersyarah serta berceramah mengenai kebersihan dan kekemasan. Tak dipedulikan mereka. Cuti hujung minggu ni, aku ade operasi sikit. Nak kemas mainan budak-budak ni dan nak buang mana yang dah rosak. Ish-ish ish, punyalah banyak mainan diorang ni.... Lebih dari 3 bakul semuanya. Tu tak masuk koleksi anak patung Isya lagi. Agak-agak lebih dari 30 ketul anak patung pelbagai saiz dan rupa ada dalam simpanannya. Nanti aku cuba amek gambar dia ngan anak patung dia....

Aku start operasi pukul 10 malam tadi, dan habis pada pukul 2 pagi. Hasilnya, dekat nah penuh satu guni besar mainan yang aku buang. Penatnya, rasa nak relaks lah hari ni, nak terbongkang depan TV. babai....

1 ulasan:

*∽ IZAN ∽* berkata...

Perrghhh.. satu guni bleh buanggg..? banyak betull.. boleh jual timbang kati tuhhh.. rugii rugii !! huhuh