Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 15 Julai 2009

Tambah satu lagi

Ape yang tambah satu ni? he he he...

Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran aku. Ohh semakin tua rupanya aku ni... Tak sedar, sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru lagi aku menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 16, tapi rupanya.... huh cepatnya masa berlalu.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik buatku, memberi rezeki yang melimpah ruah, memanjangkan usia ku dan memelihara keselamatanku... Syukur Alhamdulillah...

Aku harap di hari-hari yang mendatang ni, aku semakin matang dalam meneruskan kehidupan seharianku. Moga cita-cita dan impianku dapat kucapai sebelum usiaku menginjak ke angka 55 tahun. Sememangya impianku tinggi menggunung. Ya, impianku, untuk bebas dari belenggu kewangan, mempunyai beberapa hartanah dan beberapa aset lain.... Aku ingin bersara dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan. Selagi terdaya, di waktu muda ni, aku akan berusaha gigih untuk mencapai matlamat ku. Semuanya tak mustahil...

Berakir-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian....


Apa hadiah yang aku dapat tahun ni yek... Hmm wife aku bagi aku small present. Dia dah bagi awal bulan aritu... Small token from her, Thanks darling. Ape dia? Ala, dia bagi aku set perfume la...

Tapi hadiah yang paling besar untuk aku tahun ni ialah dari Diri Aku Sendiri. ya, Aku telah menghadiahkan diriku dengan sebiji rumah. he he he. Aku dalam proses untuk membeli sebuah rumah teres, ala murah je.... Dah bosan duduk apartment. Nak rasa pijak tanah lak. Cukuplah 2 buah apartment yang telah kami miliki buat masa ni. Inilah antara impian aku, membeli sebiji rumah dalam masa 5 tahun. Oklah tu, kerja 13 tahun, 3 bijik umah. "Terima kasih En. Jamal!!!", kata diriku kepada diriku...

Tiada ulasan: