Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 31 Julai 2009

Kera dihutan disusukan, anak di rumah ....

sekadar hiasan...


Korang mesti pernah dengar pepatah ni kan? Memang bunyi macam jeles je maksud pepatah ni. Aku tak tau siapa yang mencipta pepatah ni. Tah mana dia dapat idea yang amat fantastik sampai sanggup nak menyusukan kera. hu hu hu.

Tu satu hal, tapi yang aku baca kat paper metro hari ni, memang buat aku terkezut sket la... Macam ni petikan akhbar tu.. hmm dunia..... dunia.....

Kera jadi anak susuan
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hidayah Akmal Ahmad
anbia@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila perasaan terlalu sayangkan anak kera yang dipelihara tidak ubah seperti anak kandung sendiri menyebabkan seorang wanita sanggup menyusukannya.

Malah, anak kera berkenaan turut diberikan layanan sama seperti bayi apabila dipakaikan pakaian bayi dan kelengkapan lain.

Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, perbuatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Perhilitan menerima aduan daripada jiran seorang wanita memelihara seekor anak kera di rumahnya di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ketenteramannya terganggu selain mengotorkan kawasan.

Susulan itu, sepasukan pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaan ke rumah wanita berkenaan dan tidak menemui sebarang bukti kekotoran atau bunyi bising seperti didakwa jiran.

“Kami hanya menemui seekor kera jantan dalam rumah itu dipercayai dipelihara wanita terbabit tanpa lesen".

“Wanita itu mendakwa memelihara kera itu ketika baru dilahirkan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sanggup memberikan payu daranya untuk disusukan kepada anak kera berkenaan setiap hari.

Malah, wanita terbabit turut membelikan susu bayi tambahan untuk diberikan kepada kera berkenaan.

“Siasatan mendapati, kera itu diberikan layanan istimewa sama seperti bayi biasa apabila turut dipakaikan lampin pakai buang yang ditukar setiap hari.

“Wanita berkenaan didapati tiada anak menyebabkan dia melayan kera itu sebagai anak,” katanya.

Menurutnya, menyedari wanita terbabit tiada permit atau lesen untuk menyimpan hidupan liar, pegawai Perhilitan terpaksa merampas haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu merayu supaya kera terbabit tidak dirampas sambil meratap hiba seolah-olah kera itu anak kandungnya.

“Walaupun kera itu nampak jinak, dipelihara seperti anak manusia, ia masih hidupan liar dan mempunyai naluri buas dan boleh bertindak di luar jangkaan,” katanya.

Tiada ulasan: