Jumaat, 10 April 2009

Jom ke Pulau Pinang


Malam tadi, aku tengah godek-godek laptop aku. Nak delete mana file-file yang tak perlu, menyemak je dalam laptop ni. Folder demi folder aku jelajahi dan aku terjumpa beberapa gambar percutian aku dan keluarga bini aku. Masa tu kalau tak silap aku, time raya tahun lepas kot.

Kitorang jalan-jalan gi Pulau Pinang. Actually, percutian ni memang tak dirancang. Pada mulanya bini aku plan nak bawak anak-anak jalan-jalan kat Taiping. Boleh gi Zoo Taiping. Pagi-pagi kitorang gerak dari rumah mak mertua aku di Ipoh. Tah camne lak dah nak sampai susur keluar ke Taiping tu, boleh ubah keputusan nak ke Pulau Pinang lak. Kitorang gerak ke sana dengan 2 kereta, kete aku dan kete biras aku.

Oleh kerana plan mengejut, maka tak dapat merancang percutian ni dengan baik. So, kitorang tak dapat pergi banyak tempat. Ish Ish Ish, tak pe, ade rezeki nanti, aku akan pergi lagi. Antara tempat yang kami sempat pergi ialah, Batu Feringhi (tengok pantai) , Komtar, makan nasi kandar (perghh kenyang gila), Padang kota lama (jalan-jalan dan makan-makan), pasar Chowrasta (beli jeruk) dan, tah la dah lupa...


Dah puas berjalan tengok tempat orang, petang tu jugak kitorang cargas pulang ke Ipoh. Memang enjoy. Best. Puas. Malam tu bila sampai Ipoh, Kitorang pengsan sepengsan pengsannya... hu hu hu...

p/s: best naik feri kat sana... rasa nak beli je letak kat Sungai Kelang

Isya monyok je, tak dapat mandi laut

Biras aku, Hidir, ngan adik ipar aku, Azhar @ Dik Ar

Di Padang kota. Duduk dari kiri, Hidir, aku, Isya, mak mertua aku, Erni. Cangkung dari kiri, Haziq, janda en Azhar - he he he, dan bini aku...

suke la tu, bapak diorang bawak gi jalan-jalan...

Rabu, 8 April 2009

Reviu buku - Cukup Wang Hati Tenang

Aku ada banyak koleksi buku berkaitan panduan kewangan. Memang aku gila baca buku-buku berkaitan pelaburan, hartanah, perancangan kewangan dan apa-apa yang berkaitan dengan DUIT!!! Sapa tak nak jadi kaya beb...


Kali ni aku nak share kat korang satu buku pasal kewangan yang agak menarik. Tajuk buku ni ialah Cukup Wang Hati Tenang, yang ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Serba-sedikit pasal buku ni:






Buku yang mempunyai 294 halaman ni padat dengan ilmu yang aku rasa cukup berguna untuk dijadikan panduan. Penulis membicarakan tentang kewangan peribadi dan keluarga menurut perspektif Islam.

Antara perkara yang disentuh dalam buku ni:

Panduan 1 - Kubah kehidupan : Uruslah matlamat kewangan dan kehidupan anda
  • Menjadi kaya sahaja tidak semestinya bahagia
  • Uruslah kewangan peribadi secara bersepadu : kubah kehidupan
  • Kita juga hamba dan khalifah tuhan
  • Ingatla tuhan! Kita hanya pemegang amanah
  • Peliharalah hak masyarakat!
  • Libatkan ahli keluarga untuk mengurus kewangan
  • Badan sihat hati senang

Panduan 2 - Ketahuilah punca-punca masalah kewangan

  • Tiada perancangan dan suka bertangguh
  • Mudah berhutang
  • Boros
  • Ingin cepat kaya
  • Tidak cukup persediaan untuk persaraan
  • Tidak cukup perlindungan insurans
  • Tekanan emosi semasa perubahan hidup

Panduan 3 - Pendapatan : Berusahalah mencari rezeki!

  • Berusahalah mencari rezeki
  • Bekerjalah sepenuh masa
  • Bekerjalah separuh masa
  • Tambahkan pendapatan melalui pelaburan

Panduan 4 - Perbelanjaan : Bersederhanalah

  • Bersederhanalah dalam berbelanja
  • Dapatkan nilai yang terbaik
  • Kurangkan perbelanjaan anda! Perbelanjaan isi rumah
  • Kurangkan belanja! belanja harian
  • Kurangkan perbelanjaan! Panduan membeli kereta
  • Jimatkan pembayaran cukai

Panduan 5 - Pengurusan hutang : Hutang perlu diurus

  • Senaraikan dan kira hutang
  • Elakkan hutang mudharat
  • Langsaikan hutang yang sedikit dahulu
  • Rezeki tuhan itu luas untuk membayar hutang
  • BAjetkan perbelanjaan anda

Panduan 6 - Penyucian harta : Sucikan harta anda

  • Zakat menyucikan harta
  • Sedekah dan wakaf membawa berkat
  • Uruslah harta pusaka sebelum meninggal dunia

Panduan 7 - perlindungan : Ambillah insurans dan takaful

  • Panduan umum memilih perlindungan insurans dan takaful
  • Ketahuilah apa itu insurans nilai tunai, bertempoh dan takaful
  • Lindungi aset yang tinggi nilainya

Panduan 8 - Pelaburan : Melaburlah untuk masa depan anda

  • Selaraskan pelaburan dengan matlamat kewangan anda
  • Melaburlah dalam saham amanah
  • Melaurlah dengan membeli rumah
  • Belilah rumah apabila tiba masanya
  • Berhutanglah dengan baik untuk membeli rumah
  • Manfaatkan nilai rumah anda

Panduan 9 - Persaraan : Ingatlah hari tua semasa muda

  • Persediaan awal untuk persaraan
  • KWSP ada manfaatnya

Panduan 10 - Hayaatan Tayyibah : Hidup yang sejahtera

  • Agama : Tunaikanlah Ibadah haji dengan hati yang tenang dan ehsan kepada ibu bapa
  • Keluarga : Uruskanlah bajet perkahwinan, kelahiran baru, percutian dan budaya Iqra' dalam keluarga anda

Kesimpulan :

Memang best baca buku ni, terbukak minda aku pasal perancangan kewangan. Harga buku ni RM29-00 je. Memang tak rugi beli, boleh baca banyak kali. Baca sampai lebam!!! he hehe

Ahad, 5 April 2009

Akhirnya, kini, pasti......

Korang ingat tak cerita pasal mesin basuh aku yang dah nak terbarai tu? (http://jamalkhir.blogspot.com/2009/03/aku-dan-mesin-basuh.html) He he he, akhirnya mesin tu menhembuskan nafas terakhirnya tengah hari semalam. Menurut cerita bini aku, masa dia tengah basuh baju, tiba-tiba dia dengar bunyi "Gedegang!!!". Dia tengok, apa yang dah jadi. Rupanya mesin basuh tu dah terbarai dah. Maka tamatlah riwayat mesin basuh tu...

So, nak tak nak terpaksalah aku mencari pengganti untuk melaksanakan tugas-tugas mencuci baju ni. Kitorang gerak gi Carrefour Kepong Malam semalam. Lepas puas membuat tinjauan. maka kami laki bini serta anak-anak sepakat untuk membeli sebuah mesin basuh automatik muatan 10.5 kg berjenama LG. Alang-alang nak beli ye tak.

Yang bestnya, aku beli lagi satu barang. Apa dia? Aku beli peti ais baru!! huhu hu.. Peti ais lama sebenarnya boleh guna lagi, cuma dia satu pintu (selalu tak muat sebab nak sumbat banyak benda). Lagipun, penutup belah atas tu dah pecah, so frost kat tempat ais tu memang tebal gila...

Peti ais baru aku berjenama Sharp, muatan 380liter. Bolehla, nak beli yang hybrid punye, tak mampu beb. Tapi aku cari peti ais yang ada tanda 5 bintang jimat tenaga. kiranya peti ais ni menggunakan 25% kurang tenaga dibandingkan dengan produk biasa. Korang pahamm tak? Tak paham, lantak korang la...

Cerita bab harga lak, Mesin basuh = RM 1399 , Peti ais = RM 1299 Total = RM 2698!!!
Banyaknya duit!!!, he he he mana ada duit. Aku beli pakai duit bank. Bank yang bayar dulu, pastu aku bayar bulan-bulan. Tak de interest lak tu. Aku cuma bayar ikut hargabarang je. Itulah kelebihan 'Easy payment Plan'. Para pengguna kad kredit mempunyai kemudahan untuk buat belian cara ansuran tanpa faedah ni. Yang penting, tak de caj tersembunyi jika korang bayar sebelum due date dan ikut jumlah yang telah ditetapkan.

Dengan cara ni, tak payahla kita nak keluarkan selepuk duit untuk membeli barang-barang tu. Kalau keluar selepuk, memang terasa banyaknya. Apa yang perlu diberi pertimbangan ialah, mesti mampu buat pembayaran balik. Buatlah kira-kira sebelum membuat sesuatu belian, apatah lagi kalau belian tu memerlukan 'wang besar!!!'.

Anyway ni dia spesifikasi mesin basuh aku buat tatapan korang





Jenama: LG
Model : WF-T1050
Load: 10.5kg
Stainless Steel Tub
Round Transparent Lid
Turbo Drum
Eco Save
Air Dry
Delay Start: 3-48 hrs


Yang ni lak Peti Ais aku punya




Jenama : Sharp
Model : SJ380NSL
Adjustable interior for personal customization
Nano Deodorizer
Tempered Glass Shelves
Temperature control light
Anywhere Carry case
Movable Tray
Stylish Door design
Top Energy Saving
Frost Free





Khamis, 2 April 2009

Nama saya Haziq

Assalamualaikum sumee


Nama saya Muhammad Haziq Bin Mohd Jamal Khir. Umur saya 2 tahun lebih.



Ayah ngan Mama saya panggil saya Adik, atau Haziq.

Saya budak baik, tapi kadang-kadang ayah dengan mama kata saya budak nakal. Ye ke?

Saya ada banyak mainan. Saya suka main permainan kereta. Kereta mainan saya ada banyaaakk. Korang ade mainan tak? Saya suka main mainan tapi saya tak suka kemas. Mama selalu marah saya, kesian saya,,,


Petang semalam, ayah bawak saya pegi kedai gunting rambut. Ayah kata rambut saya dah panjang, tak hensem. Saya tak kisah, ada rambut ke, tak de rambut ke, saya ok je... Kalau rambut saya panjang, rambut saya bergulung-gulung macam mi segera. Kalau saya tak de rambut, saya lebih kacak dari Mawi, he he he


Inilah wajah terbaru saya...

hensem tak?

Saya sayang ayah saya, mama saya, kakak saya, atuk saya, nenek saya, opah saya,... ahhhh sume saya sayangla..., ramai sangat.



saya sayang kakak saya

Kat atas tu gambar saya dengan kakak saya. Saya suka buli kakak saya. Kadang-kadang dia nangis, hu hu hu, tak malu... Saya sayang kakak saya...


Saya suke makan ayam goreng. Korang tak nak belanja saya makan ayam goreng ke? Ayam goreng sedaaap!!!


Ok lah, nanti kalau ade masa saya tulis lagi pasal diri saya, babai sume....


ini girlfriend saya, he he he jumpa kat umah owang kawin..

Rabu, 1 April 2009

Bengangnya aku...

pagi tadi aku nak hantar adik ipar aku ke Putrajaya. Beliau baru dapat kerja jadi juruteknik komputer. Kena lapor diri pukul 8.30am kat kompleks JPM. Beginilah rentetan peristiwa hari ini.

5.00 pagi
kitorang dah bangun bersiap-siap untuk turut serta dalam rombongan ke Putrajaya. Rombongan ke Putrajaya tu disertai oleh aku, bini aku, Isya, Haziq, mak mertua aku dan tak ketinggalan budak yang nak lapor diri tu.

6.10 am
kitorang dah siap sedia untuk menuju ke Putrajaya. Melangkah keluar rumah, tutup lampu, tutup pintu. Turun tangga menuju ke kereta. Sampai kat kereta, macam biasa ada kereta block depan keta. Kena tolak kete pagi-pagi ni, biasalah. Apa nak buat tempat parking terhad. Kereta-kereta kat sini biasanya kalau diorang block kete orang, diorang tak tarik hand brake.

Tah apa malang, van yang blok kete aku tu pegi tarik hand brake lak. C*laka betul!!! Hampeh!!! Orang dah la nak cepat, kete kena block lak tu. Kitorang cuba tolak, memang tak bergerak. Beart nak mampus!!! Barua punya cayanunalip. Dah tau nak letak van dedpan kete orang, yang gi tarik handbrake tu buat ape?

6.15am
Panggil guard. Guard pergi cari tuan empunya besi buruk tu. Guard boleh trace sape punya kete berdasarkan sticker kerete tu. Guard pergi rumah dia, tapi malangnya b*bi tu tidor mampos. Aku pun tak tau dia tidur mampos ke atau dah mampos!!! guard tu memang dah bengang dah. Dia nak pecahkan tingkap vean tu. Dia dah hayun dah tingkap belah pemandu dengan rotan panjang, tapi tak pecah lak. Kalau ikiut hati aku, nak jugak aku smash tingkap van tu dengan stering lock. Tapi bila mengenangkan akibat yang terpaksa aku tanggung, aku sabarkan diri aku.

Keadaan dah mula kecoh dah. bini aku, mak mertua aku dan adik ioar aku sume dah resah gelisah. Macam-macam kata kesat dah keluar pagi-pagi buta. Menurut kata guard tu,, tuan punya van tu adalah seorang apek. Apek ni meniaga dan baru balik pukul 3 pagi. Sebab dah tak de tempat parking, diam main parking je depan kete orang. Yang malang tu, dia TARIK HAND BRAKE !!!!

6.30 am
Masih belum settle. kitorang terpaksa cari alternatif lain. Nampaknya adik ipar aku terpaksa pergi dulu naik kete dia sendiri. MEmang sebelum ni plan, nak naik satu kete je, memandangkan dia dari Ipoh, tak tau jalan kat KL, apatah lagi nak ke Putrajaya. Aku suruh bini aku pegi dulu ke sana. Aku dengan ISya tinggal dulu. Aku akan menyusul kemudian.

6.50 am
Kete aku masih belum boleh keluar. Adik ipar aku, mak mertua aku, bini aku dan Haziq dan berlepas ke Putrajaya. Guard-giuard kat situ masih mencari penyelesaian camne nak buat kat van tu. Van tu dah menghalang 2 buah kete. Kete lagi satu tu pun dah mengamuk dah sebab tak boleh kuar. Dia nak antar anak dia gi sekolah, lagi haru...

Bengang punya pasal, adik ipar aku dah meninggalkan coraak-corak abstrak kat van tu. Dia buat free art kat badan van tu pakai kunci kete. Cantik sungguh. Terpegun aku.

Aku naik atas balik. lepak ngan Isya. Tengok tv dulu, relakskan minda yang tengah berserabut.

7.15am
Aku turun bawah balik, tengok samada masalah dah settle ke belum. Nasib baik kete yang parking belakang kete aku tu dah aleuar. Rupanya pak guard mintak tolong dia alihkan kereta, sebab aku nak keluar. Tension tul aku ari ni..... At last boleh gak aku keluar, menuju ke Kampung Baru. Tengah-tengah jalan, aku teringat kasut sekolah Isya pulak tinggal kat Rumah!! Arghhhh!!!! terpaksa pusing balik, nak amek kasut pulak...

Akhirnya aku sampai gak kat kampung baru. LEpas sarapan pagi kat ssana, aku hantar Isya ke rumah pengasuh dan aku meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Tak pasal-pasal je dua buah kereta terpaksa digunakan dalam misi ke Putrajaya ni. Ish ish ish, membazir betul.