Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 8 April 2009

Reviu buku - Cukup Wang Hati Tenang

Aku ada banyak koleksi buku berkaitan panduan kewangan. Memang aku gila baca buku-buku berkaitan pelaburan, hartanah, perancangan kewangan dan apa-apa yang berkaitan dengan DUIT!!! Sapa tak nak jadi kaya beb...


Kali ni aku nak share kat korang satu buku pasal kewangan yang agak menarik. Tajuk buku ni ialah Cukup Wang Hati Tenang, yang ditulis oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Serba-sedikit pasal buku ni:






Buku yang mempunyai 294 halaman ni padat dengan ilmu yang aku rasa cukup berguna untuk dijadikan panduan. Penulis membicarakan tentang kewangan peribadi dan keluarga menurut perspektif Islam.

Antara perkara yang disentuh dalam buku ni:

Panduan 1 - Kubah kehidupan : Uruslah matlamat kewangan dan kehidupan anda
  • Menjadi kaya sahaja tidak semestinya bahagia
  • Uruslah kewangan peribadi secara bersepadu : kubah kehidupan
  • Kita juga hamba dan khalifah tuhan
  • Ingatla tuhan! Kita hanya pemegang amanah
  • Peliharalah hak masyarakat!
  • Libatkan ahli keluarga untuk mengurus kewangan
  • Badan sihat hati senang

Panduan 2 - Ketahuilah punca-punca masalah kewangan

  • Tiada perancangan dan suka bertangguh
  • Mudah berhutang
  • Boros
  • Ingin cepat kaya
  • Tidak cukup persediaan untuk persaraan
  • Tidak cukup perlindungan insurans
  • Tekanan emosi semasa perubahan hidup

Panduan 3 - Pendapatan : Berusahalah mencari rezeki!

  • Berusahalah mencari rezeki
  • Bekerjalah sepenuh masa
  • Bekerjalah separuh masa
  • Tambahkan pendapatan melalui pelaburan

Panduan 4 - Perbelanjaan : Bersederhanalah

  • Bersederhanalah dalam berbelanja
  • Dapatkan nilai yang terbaik
  • Kurangkan perbelanjaan anda! Perbelanjaan isi rumah
  • Kurangkan belanja! belanja harian
  • Kurangkan perbelanjaan! Panduan membeli kereta
  • Jimatkan pembayaran cukai

Panduan 5 - Pengurusan hutang : Hutang perlu diurus

  • Senaraikan dan kira hutang
  • Elakkan hutang mudharat
  • Langsaikan hutang yang sedikit dahulu
  • Rezeki tuhan itu luas untuk membayar hutang
  • BAjetkan perbelanjaan anda

Panduan 6 - Penyucian harta : Sucikan harta anda

  • Zakat menyucikan harta
  • Sedekah dan wakaf membawa berkat
  • Uruslah harta pusaka sebelum meninggal dunia

Panduan 7 - perlindungan : Ambillah insurans dan takaful

  • Panduan umum memilih perlindungan insurans dan takaful
  • Ketahuilah apa itu insurans nilai tunai, bertempoh dan takaful
  • Lindungi aset yang tinggi nilainya

Panduan 8 - Pelaburan : Melaburlah untuk masa depan anda

  • Selaraskan pelaburan dengan matlamat kewangan anda
  • Melaburlah dalam saham amanah
  • Melaurlah dengan membeli rumah
  • Belilah rumah apabila tiba masanya
  • Berhutanglah dengan baik untuk membeli rumah
  • Manfaatkan nilai rumah anda

Panduan 9 - Persaraan : Ingatlah hari tua semasa muda

  • Persediaan awal untuk persaraan
  • KWSP ada manfaatnya

Panduan 10 - Hayaatan Tayyibah : Hidup yang sejahtera

  • Agama : Tunaikanlah Ibadah haji dengan hati yang tenang dan ehsan kepada ibu bapa
  • Keluarga : Uruskanlah bajet perkahwinan, kelahiran baru, percutian dan budaya Iqra' dalam keluarga anda

Kesimpulan :

Memang best baca buku ni, terbukak minda aku pasal perancangan kewangan. Harga buku ni RM29-00 je. Memang tak rugi beli, boleh baca banyak kali. Baca sampai lebam!!! he hehe

Tiada ulasan: