Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 10 April 2009

Jom ke Pulau Pinang


Malam tadi, aku tengah godek-godek laptop aku. Nak delete mana file-file yang tak perlu, menyemak je dalam laptop ni. Folder demi folder aku jelajahi dan aku terjumpa beberapa gambar percutian aku dan keluarga bini aku. Masa tu kalau tak silap aku, time raya tahun lepas kot.

Kitorang jalan-jalan gi Pulau Pinang. Actually, percutian ni memang tak dirancang. Pada mulanya bini aku plan nak bawak anak-anak jalan-jalan kat Taiping. Boleh gi Zoo Taiping. Pagi-pagi kitorang gerak dari rumah mak mertua aku di Ipoh. Tah camne lak dah nak sampai susur keluar ke Taiping tu, boleh ubah keputusan nak ke Pulau Pinang lak. Kitorang gerak ke sana dengan 2 kereta, kete aku dan kete biras aku.

Oleh kerana plan mengejut, maka tak dapat merancang percutian ni dengan baik. So, kitorang tak dapat pergi banyak tempat. Ish Ish Ish, tak pe, ade rezeki nanti, aku akan pergi lagi. Antara tempat yang kami sempat pergi ialah, Batu Feringhi (tengok pantai) , Komtar, makan nasi kandar (perghh kenyang gila), Padang kota lama (jalan-jalan dan makan-makan), pasar Chowrasta (beli jeruk) dan, tah la dah lupa...


Dah puas berjalan tengok tempat orang, petang tu jugak kitorang cargas pulang ke Ipoh. Memang enjoy. Best. Puas. Malam tu bila sampai Ipoh, Kitorang pengsan sepengsan pengsannya... hu hu hu...

p/s: best naik feri kat sana... rasa nak beli je letak kat Sungai Kelang

Isya monyok je, tak dapat mandi laut

Biras aku, Hidir, ngan adik ipar aku, Azhar @ Dik Ar

Di Padang kota. Duduk dari kiri, Hidir, aku, Isya, mak mertua aku, Erni. Cangkung dari kiri, Haziq, janda en Azhar - he he he, dan bini aku...

suke la tu, bapak diorang bawak gi jalan-jalan...

2 ulasan:

erni berkata...

huh nasib baik masa tu kitaorg bawak duit lebih..kalo x mau kat tol kena tahan sebb duit xde..hampeh..nak pi taiping tapi pi penang..

Mjkhir berkata...

he he he, stakat nak tengok binatang je, nak buat ape. Gi penang leh pekena nasik kandar, best!!!