Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 15 Mac 2009

Aku dan Mesin basuh



Aku ada sebuah mesin basuh. Orang putih panggil 'Washing Machine'.

Mesin basuh ni berjenma haier muatan 5 kilo (manual). Usia dia dah dekat nak 9 tahun dah. Aku beli masa aku bujang dulu. Sampai sekarang aku masih guna khidmat dia, sebab dia elok lagi, (kata aku la... bini aku kata dah teruk dah,)



Memang boleh guna lagi apa, cume biasa la barang dah lama, mesti ade la kekurangan dan kecacatan pada benda ni. Mesin ni sekarang actually DAH REPUT!!!. Tunggu masa je nak terbarai. Bawah dia semua dah berkarat dah. Nampak gayanye kena tukar jugak la ni.



Wei... nak tukar benda ni pakai duit tu,,,. Aku lepas ni nak beli yang auto, sebab senang, pastu nak yang berkapasiti besar sket. JAngan kata kain baju, kalau boleh aku pun nak masuk sekali dalam tu sebab aku tak suka nak mandi @ malas nak mandi!!! hu hu hu. Kalau rasa malas je nak mandi masuk dalam tu , pastu on je, siap!!! hu hu hu

Tapi, bukan murah rege menatang ni. Mahal ooo. Ish ish ish. tak pe aku ade cara. aku akan beli dengan murah. Aku beli dengan guna skim easy payment credit card. Aku beli pakai credit card 0% installment plan. Memang ade skim ni. kita boleh beli barang secara ansuran, yang penting tak de interest. Jangan beli dengan syarikat credit or dekat courts mammoth tu.. mahal interest dia.

Kenapa aku nak beli hutang? kalau aku beli cash, simpanan menyusut, so dividen duit yg aku simpan kat asb akan berkurang. Kalau secara ansuran guna kad kredit ni, aku boleh bayar secara ansuran selama let say 9 bulan atau setahun ke.... ikut kemampuan tanpa menjejaskan simpanan. Cuma kena make sure kena bayar ansuran tu secara penuh. Contoh kalau ansuran dia 150 hengget sebulan, jangan bayar minimum payment lak, nanti kena caj interest kad kredit. Memang bagus kad kredit ni kalau tau guna.

Aku beli lap top aku ni pun guna cara tu lah... rege dia RM2400. aku buat installment utk 9 bulan.. bulanan, aku lupa, korang kira sendiri la...

ape-ape pun, tima kasih buat mesin basuh lamaku banyak jasamu buatku sekeluarga. Antara jasamu yang aku masih ingat:

Basuh baju, seluar, cadar, comforter, toto, kasut, anak patung, duit kertas & syiling (dlm poket suar aku), tempat kucing beranak (masa aku balik kampung- hampeh!!)dan macam-macam lagi.

minggu depan aku nak gi survey mesin basuh baru, sape nak ikut???



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saye nk ikot!!!!
haishyyhh..terok nor dh mesin basuh bang ngah nih...
beli br je...
jgn berlengah lagi...ayuh!!!

Mjkhir berkata...

aku masih sayang akan dia... hu hu hu

Zaman Razak berkata...

mesin basuh baru..
laptop baru..
itu baru..
ini baru..
ehhmmmm...
bnYak nye wang die..~~~
boleh la ktrg pinjam kalo cm nie..
wakakakaka~~~~~

Mjkhir berkata...

saya bukan along, tapi boleh tolong. No problem... 10 persen je...