Hmmm, memang gila. Korang ingat tak post aku mengenai trip ke Zoo negara?
Lepas pergi zoo negara, kitorang ingat nak pergi ke Genting Highlands lak. Bila sampai je kat rumah, aku terus carik hotel kat Genting. Sungguh kecewa, semua hotel kat puncak Kota Keriangan tu dah fully book. Hampeh tol.
Tah macam mana, datang idea gila nak pergi ke Cherating. Sememangnya dah lama sangat aku menyimpan hasrat untuk ke sana. Dah lama aku tak menjejakkan kaki ke sana. Memang rindu sangat nak kembali melawat tempat yang pernah aku tinggalkan tu. 3 tahun aku di Kuantan, amat memberi erti dalam kehdupan ku.
Lepas dapat idea giler tu, aku suarakan idea tu pada bini aku. Dia memang terkejut. Giler apa, dah la tak plan ape-ape, takkan main pergi je... So, apa lagi kitorang pun cargas buat sedikit persiapan, packing apa yang patut dan bertolak. Pinjam tagline Nadia AF6 "Redah Je!!"..
Gamble je time tu, Sampai sana baru carik hotel. Sampai sana dah malam dah. Fuhh susah gila, nyaris tak dapat hotel. Semua fully book. At last ada satu chalet yang availabale kat residence inn..... Ok lah, not bad. Ada swimming pool, so budak-budak ni bolehlah berendam... Lepas check in, pergi makan, pas tu tidur..... penat beb, gi zoo lagi, travel ke Cherating lagi...
Antara aktiviti yang kitorang buat keesokan harinya ->
- Sarapan kat resort. ok lah not bad, balun je, buffet, macam-macam ada.
- Jalan-jalan kat tepi pantai.
- Mandi swimming pool
- Jalan-jalan ke Kemaman, cari keropok lekor, keropok kering dan satar
- Lepak kat Pantai Teluk Chempedak
- Pergi Taman Teruntum
- Lepak kat tepi Sungai Kuantan,
- Balik KL
Memang best pergi bercuti kat sana, aman, damai den tenang je rasanya. Kalau tak de aral, bulan 6 ni kitorang nak pergi ke Cherating lagi sekali, Kali ni lebih terancang agar percutian kami sekeluarga lebih syok....
Kat tepi pantai
Nak mandi laut, ayah tak bagi...hmmm
4 ulasan:
waaa...g kuantan x dtg jenguk kter kat poli...
pe la besnyer g tmn teruntum n benteng tuh...
msti tmpt deting bang ngah dolu2...
hak2
dah nama pun lawatan mengejut....
wuih bro....
kembali ke pangkal jalan eh?
bst woo dok kontan.....
Boh
woo bgtau pokde turun kontan x roger yeh.. hahaha
Catat Ulasan