Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 23 Mac 2009

Aktiviti hari minggu



Aku ada rutin mingguan. Sejak dari bulan satu yang lepas, aku terpaksa memperuntukkan sedikit waktu untuk anak dara aku.

Isya minat sangat nak belajar taekwondo kat sekolah dia. Masalahnya kelas taekwondo dia di adakan pada hari AHAD!!! Dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari waktu dia. Adoi!!!!

Ape nak buat, dah dia minat sangat, aku hantar je lah... Puas dia pujuk aku masa mula-mula dia nak masuk taekwondo ni dulu. Naik lemas aku dibuatnya. Tak pernah-pernah dia rajin tiba-tiba dia jadi rajin. Kalau sebelum ni dia tak dengar cakap, kali ni dia menjadi askar yang paling setia. Boleh kata sumenya tip top selagi dia tak dapat persetujuan aku untuk dia menyertai kelas tu. Aku saja je lengah-lengahkan persetujuan ku, memang nak tengok gelagat dia. Ceh!!! memang kaki bodek!!!

Masa mula-mula join taekwondo tu, memang dia cakap dia letih. Bia malam je aku dan Mama jadi tukang urut kaki dia. Ni yang aku hangin ni. Dah tau lembik nak masuk taekwondo. Hish,,,, kan dah nyusahkan orang... Tapi bila dah lama, badan dia dah boleh terima, so dah tak yah urut lagi....

Aku tanya dia senang ke susah masuk taekwondo ni? dia kata senang, semua boleh buat. Ye ke? Pasal aku dengar masa dia training Master dia selalu cakap "Batrisyia! Tukar kaki!" "Batrisyia, kaki lurus!" Senang ke cam tu? hmmm....

Lantak dia la. Janji dia ada aktiviti. At least badan sihat, dan dapat belajar ilmu mempertahankan diri.

Pada 19/4/09 ni Isya ada grading untuk tukar warna tali pinggang. Kalau lulus, dia pakai tali pinggang kuning la lepas ni. Sukati dia la.... Aku tengok je...



2 ulasan:

Zaman Razak berkata...

haha..sEmoga
cepat seMbuh ye
Mr.Jamal..
haha(pura2 caring)

Mjkhir berkata...

alangkah kejam nya... hu hu hu