Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 2 Mac 2009

ASBTAR - kenangan mengusik jiwa


Aku terjumpa logo Asrama Semai Bakti kat friendster Ita, adik aku. Lambang ni begitu mengusik jiwa. Banyak kenangan aku di sana.


Serba sedikit mengenai Asrama semai Bakti. Asrama ni merupakan asrama yang disediakan oleh pihak felda untuk anak-anak peneroka dan kakitangan yang cemerlang dalam pelajaran. Mereka yang terpilih untuk masuk dalam asrama ni akan di tempatkan di sekolah-sekolah terbaik. Dulu masa zaman aku dulu ada 4 buah asrama semai bakti iaitu di KL, Kuantan, Johor dan Kelana Jaya


Oleh kerana kecemerlangan aku dalam pelajaran (UPSR) aku di tawarkan tempat untuk masuk di asrama ni di Kuantan (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak). Aku sempat berada di sana dari 1990 hingga 1993. Terlalu banyak suka duka dan asam garam kehidupan aku lalui di sana. Di sanalah tempat aku bermula.


Bayangkan seorang anak kecil berusia 13 tahun terpaksa berjauhan dari keluarga. Masa tu family aku menetap di Felda Serting 2, Bahau, Negeri Sembilan. Memang satu suasana baru bagi aku. Sorang pon aku tak kenal, tiba-tiba kena campak kat satu dunia asing bagi aku. Sungguh mencabar.


Terima kasih buat Pok De dan Mok De yang sanggup bersusah payah menjaga dan menjenguk aku kat sana. Oleh kerana dia saja suadara aku yang berada kat Kuantan, maka setiap bulan, rumahnyalah menjadi destinasi persinggahan sementara aku sementara nak tunggu cuti sekolah. Aku boleh balik jumpa family aku masa cuti sekolah je. Setakat cuti biasa, memang lepak rumah Pok De ajelah. Tu pun sebulan sekali je. Memang ketat peraturan kat sana.


Ape yang aku masih ingat pasal ASBTAR:

*nama penyelia dia - En Azimat Kasa, En Nordin a.k.a lonjong

*Peraturan ketat - nak pergi prep ngan gi makan mesti pakai kasut ngan baju berkolar

*ade kelas taekwondo kat GYM

*nama driver bas - ayah wan, Pak Cik Kamali, Abang long ngan konduktornya Ajak

*pernah kena sebat ngan penyelia pasal gi Beserah (rumah kawan) x bagitau dia

*penyelia pegang duit kitorang - kalau nak kuar kena isi borang - cam kat bank lak

*ada kelas tuisyen - cikgu dari luar datang ajar kitorang


Terima kasih ASBTAR...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haa.. ni ms skola dlu ni nakal yg amat.. ! hakhakhkahka..

Mjkhir berkata...

wei, kita budak skema la....
he he he, masa tu awak budak hingusan agi.

Baru masuk tadika, kerja asik nangis je...
ape-ape pun. abah mung ngan mak mung best!!! memang baik...

Liza @ Adzriel AB berkata...

ni lencana JB.. he.. he.. salam kenal dari senior 1986~1990