Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 18 Mac 2009

Kisah Tahun Lepas - Isyia Juara!!! Aku Bangga

Tadi aku belek gambar-gambar lama dalam laptop ni. Tah macam mana aku tertarik dengan gambar dalam folder anak sulung aku ni. Memang aku susun gambar dalam banyak folder kat laptop aku ni, senang nak carik.



Aku tengok gamba dia tahun lepas masa sekolah tadika. Masa tu dia bersekolah di Tadika Islam Masjid Jamek Kampung Baru. 2 tahun dia sekolah kat sana. Memang dia aktif kat sekolah tu. Sekolah tadika tu ade 6 buah kelas. Yang aku pelik semua cikgu sekolah dia dah kenal dia ngan mak bapak dia.



Sebab ape? Sebab mulut dia memang tak tahu diam. Dia sentiasa nak menonjolkan diri je. Kenangan paling manis masa dia sekolah kat sana ialah semasa dia terpilih untuk mewakili sekolah dia dalam acara hafazan ayat-ayat lazim. Dia bertanding di peringkat zon. Bnyak gak sekolah yang bertanding.



Masa mula-mula dia beritahu tu, aku memang terkejut gila. Sebab ape? Sebab dia bukan tahu sangat mengaji ni. Bacaan pun tunggang langgang, inikan pulak dia punya tajwid. Dekat 2 bulan gak guru besar dia lanyak dia kat sekolah hari-hari. Dia memang surender dah. Dia kata dia tak boleh buat sebab banyak salah. Memang dia ni cepat putus asa, cepat patah semangat. Asyik nak kena bagi motivasi, baru dia ok balik. (sebenarnya aku tau, dia tak nak masuk mengaji tu, dia nak nyanyi nasyid. Dia kata nasyid ramai-ramai, mengaji sorang-sorang)



Aku dan mama dia, apalagi, terus pujuk dia. bagi semangat kat dia. Tapi kitorang tak de lah push dia. Tak de ape yang nak kami harapkan, janji cuba. Guru besar dia terlalu mengharap sangat. Akupun kekadang marah gak, kesian Isya, dia macam pressure lak dengan situasi tu. Time kawan-kawan dia bersukan kat sekolah, dia kena ngadap guru besar, ngaji. Time kawan-kawan melukis ke tengok vcd kat sekolah ke, dia kena mengaji, mana tak bengang!!! Pulak tu, guru besar dia siap pesan kat aku, suruh ajar lagi kat umah. ish ish ish... Aku biarkan je, takde aku nak push.. Aku besar anak aku pun tak hafal banyak surah ni. takat al fatihah tu tau la.



Tapi tidak kusangka, dia berjaya menjadi JUARA pada pertandingan tersebut. Memang cikgu dia suka gila. Dia mewakili zon Titiwangsa untuk berentap di peringkat negeri lak. (dia kalah peringkat negeri). Itulah pencapaian terbaik dia di usia 6 tahun. Aku? masa umur aku 6 tahun? hu hu hu aku ni pendiam gila, penakut lak tu.... Jauh tul


tengah tunggu turn nak ngaji...

tengah mengalunkan ayat-ayat suci




JUARA!!!







4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahh.. xsangke anak bang ngah ni pndai hafazan... tahniah2..
aku plk rs bangga!

kamu punya anak yg terbaik!
jge keluarge ngn elok ye.. he he..

Tanpa Nama berkata...

terer nye isya!!!!
well...tgk la bapak die sape...
hak2...

Zaman Razak berkata...

banggenye
bapak isya..
wakaka~~~

Mjkhir berkata...

ade sikit bangga la.... hu hu hu