Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 15 Mac 2009

Tersampuk lagi


Setiap tahun dia datang...

Bila dia datang bagai satu kejutan melanda. Aku rasa tak bermaya nak lawan. Aku kalah. Mesti surrender dengan penangan dia. Apa yang best sangat? Aku pun tak tau. Bukan aku je yang tersampuk. Orang lain pun tersampuk gak, betul tak?

He he he, aku sebenarnya nak citer pasal musim Akademi Fantasia ni. Sejak dari musim ke 2 aku mengikuti program ni sampai sekarang. Dulu memang aku fanatik gak kat program ni (fanatik tengok je, undi haram tak pernah pon...). Sekarang dah kurang sket fanatik dia. Aku cuma tengok konsert mingguan je. Kalau dulu sanggup bertapa hari-hari nak tengok diari dia. Kalau tak tengok macam makan nasik takde kicap la aku rasa...

Program akademi fantasia ni mempunyai tarikan tersendiri. Walaupun banyak lagi pertandingan realiti tv yang lain, aku tak minat. Kenapa? Tah, memang aku tak minat. Sebab 'branding' kot...

Antara sebab aku kata AF ni best:
  • Dapat satu padukan keluarga - semua org relax tengok konsert sambil makan cekodok ke...(selalu susah nak lepak ramai2 ngan family ni)
  • Mat-mat rempit tak merempit dulu, tunggu konsert abis, baru on. (dunia aman selama 3 jam, jadi laaa).

  • Tengok kaki bola kena mengalah kat anak bini yang nak tgk konsert. Kalau nak tengok bola gak, sila ke kedai mamak berhampiran

  • AF ni memang ada drama, muzik dan gimik (langsung dan x langsung). Boleh main perasaan - suka, sedih, marah, geram... (sume rasa aku ade, cume x penah sedih tengok AF)

  • kita follow 'artist in the making' dari permulaan karier dia sampai dia berjaya i.e. mawi, zahid, mila, stacy, aizat, bob, farah dll, dan sapai dia jatuh balik... hu hu hu

  • ntah la, ape lagi ek?

Malam ni aku tengok konsert pertama dia, not bad. Aku tabik pada budah Hafiz tu, memang best dia nyayi. Rasa nak sokong dia lah musim ni.

Tiada ulasan: