Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 13 Mac 2009

Letakkan nilai pada kertas ni..

Selamat bertemu kembali aku ucapkan pada pengunjung blog tah apa-apa ni. Banyak benda aku nak tulis sebenarnya cuma aku, aku MALAS!!! Kalau aku rajin, aku tulis 10 post sehari, hu hu hu.


Ok la, kali ni aku nak cerita pasal sejenis kertas ni. kertas ni ada macam-macam warna dan macam-macam nama orang panggil. Lantakla korang nak panggil ape, tapi biarla aku gelarkan kertas ni sebagai 'duit'. Ya, duit... duit... duit...




Ada macam-macam nombor (selain ade gamba) kat atas duit tu. Ada tulis nombor 1, 5, 10, 50 dan 100. Warna bagi setiap nombor tu pun berbeza. Nilai dia pun berbeza gak.



Duit ni digunakan sebagai alat penukaran. Zaman dulu-dulu guna sistem barter untuk dapatkan barang. Contohnya Katalah aku ade seekor lembu, Cik Iera Rusli ade karipap. Kalau aku nak makan karipap, kena tukar karipap dengan lembu. Eh betul ke? he he he bukan camtu sebenarmya konsep sistem barter ni. Pertukaran tu pun mesti lebih kurang sama nilai atau kedua-dua pihak setuju. Kalau karipap tu ditukarkan dengan susu lembu, ok la ...



Itu zaman dulu punya citer. La ni kita pakai duit untuk mendapatkan sesuatu. Mana dapat duit? Macam-macam cara dan sumber untuk mendapatkannya. Senang ke susah nak dapat duit tu? Susah ke senang nak dapat? Aku tanya ni, nape tak jawab? Ape? sape kate senang tadi? boleh ajar aku camne cara senang dapat duit?



Ha... tau pun bukan senang nak cari duit ni. Kena buat macam-macam untuk mendapatkannya. Bila dah dapat duit tu, tak kan nak sia-siakan lak... Memang kita boleh tukarkan duit tu untuk mendapatkan ape sahaja yang kita hajati.

Cuma kadang-kadang kita menukarkan duit tu dengan benda tah ape-ape dan tidak berbaloi. Bila dah enjoy atau duit dah abis, baru dok pikiaq, "ishhh camne lak belanjawan aku boleh tergelincir lak bulan ni?" ataupun begini, "La apasal lak aku beli benda ni, tak beli pun tak pe...". Biasa la tu lumrah.... Aku pun camtu gak he he he.



Tapi bila mengenangkan penat-penat bekerja membanting tulang untuk mendapatkan 'DUIT', aku pikir aku mesti meletakkan nilai kat duit tu. Kita kena tau menilai mana satu keperluan dan kehendak.



contohnya cam ni..



Kalau aku bagi korang 10 hengget korang nak buat ape? Makan, beli baju, beli rokok, simpan, beli buku, derma kat masjid? bayar hutang? Macam-macam benda korang leh buat. Terpulang kat korang.



Kalau beli makanan, korang kenyang. Itulah nilai duit tu. Kalau beli rokok, dapat macam-macam, tembakau, asap penyakit dll. Itulah nilai dia. Kalau beli buku, korang baca, baca dan baca, bertambah ilmu. Itulah nilai dia.



Itu baru 10 ringgit. Bayangkan duit gaji korang yang beribu-ribu lemon tu, Adakah nilai yang korang bagi pada duit tu berbaloi? Penat oo kerja sebulaaann...



Apa yang aku nak bagi tau, kita kenalah belanja secara berhemah, jangan lupa menyimpan untuk masa depan, jangan boros, membazir dan letakkan nilai pada wang anda....

Tiada ulasan: